Henri III dari Perancis (19 September 1551 – 2 Ogos 1589) ialah Raja Perancis dan anggota Wangsa Valois. Baginda juga merupakan Raja Poland.
Kelahiran
Henri lahir di Fontainbleau, Perancis, pada 19 September 1551. Orang tuanya ialah Henri II dan Catherine de' Medici. Baginda adalah anak kesayangan Catherine de' Medici.
Pernikahan
Henri menikah dengan Louise dari Lorraine pada 13 Februari 1575. Mereka tidak memiliki anak.
Kematian
Henri meninggal di Saint-Cloud, Perancis, pada 2 Ogos 1589, setelah ditikam pisau. Baginda dimakamkan di Basilika Saint Denis. Henri ialah raja terakhir dari Wangsa Valois. Raja berikutnya ialah Henri IV, yang merupakan anggota Wangsa Bourbon.