Pada tahun 1501, bakal Henry VIII menghadiri upacara perkahwinan Arthur, abangnya, dengan Catherine dari Aragon yang ketika itu, masing-masing hanya berumur lima belas dan enam belas tahun. Mereka dihantar untuk menghabiskan masa mereka di Wales, suatu adat resam untuk pewaris raja dan isterinya, akan tetapi Arthur menghidap jangkitan dan kemudian meninggal dunia. Oleh itu, ketika berumur sebelas tahun, Henry, Duke York, mendapati diri sebagai pewaris Raja dan tidak lama kemudian, dilantik sebagai Putera Wales.
Henry VII hendak mengukuhkan hubungan antara England dan Sepanyol melalui satu perkahwinan antara Henry, Putera Wales, dan Catherine. Oleh sebab Putera Wales ingin berkahwin dengan balu abangnya, beliau harus mendapatkan keizinan Paus untuk mengelakkan sebarang penghalang persemendaannya. Catherine mempertahankan bahawa perkahwinan pertamanya tidak pernah disempurnakan; jika dakwaan Catherine itu adalah benar, keizinan Paus tidak diperlukan tetapi sebaliknya, yang diperlukan ialah hanya pembubaran perkahwinan yang diratifikasikan. Bagaimanapun, kedua-dua pihak Inggeris dan Sepanyol bersetuju tentang keperluan untuk memperoleh keizinan Paus supaya dapat mencegah segala kesangsian terhadap kesahan perkahwinan mereka itu. Akibat ketidaksabaran ibu Catherine, Permaisuri Isabella, Paus Alexander VI bergopoh-gapah memberikan keizinannya melalui titah-perintah. Oleh itu, empat belas bulan selepas kematian suaminya, Catherine bertunang dengan adik suaminya. Bagaimanapun, menjelang tahun 1505, Henry VII hilang minatnya terhadap hubungan dengan Sepanyol, dan Putera Wales yang muda ketika itu dipaksa mengisytiharkan bahawa pertunangannya telah diatur tanpa persetujuannya.
His Majesty (raja Inggeris pertama yang menggunakan gelaran Majesty)
Panggilan
Your Majesty
Gelaran alternatif
Sir
Henry VIII naik takhta pada tahun 1509 apabila ayahnya mangkat. Sesetengah ahli sejarah mengatakan bahawa raja yang muda itu jatuh cinta dengan Catherine, duda abangnya yang jauh lebih tua daripadanya. Kemungkinan yang lebih besar adalah bahawa ayah Catherine, Raja Ferdinand II dari Aragon, ingin menguasai England melalui anak perempuanya dan oleh itu, mendesak Catherine supaya berkahwin dengan raja Inggeris yang baru itu. Walaupun Paus Julius II dan William Warham, Ketua Biskop Canterbury, bimbang akan kesahan perkahwinan mereka itu, Henry VIII berkahwin dengan Catherine kira-kira sembilan minggu selepas naik takhtanya pada 11 Jun1509 di Greenwich. Kedua-dua mereka dimahkotai di Gereja Westminster pada 24 Jun1509. Kehamilan pertama Permaisuri Catherine berakhir dengan keguguran pada 1510. Catherine kemudian melahirkan seorang putera, Henry, pada 1 Januari1511, tetapi putera ini hanya hidup sehingga 22 Februari.
Ketika naik takhta, Henry menghadapi berbagai-bagai masalah dengan Richard Empson dan Edmund Dudley, dua orang menteri pemerintahan Henry VII yang mengenakan banyak cukai yang sembarangan pada golongan bangsawan. Melalui salah satu daripada banyak caranya untuk mengasingkan diri daripada tokoh-tokoh utama pemerintahan ayahnya, Henry memenjarakan kedua-dua mereka itu di Menara London dan kemudiannya memancung kepala mereka. Kesanggupan Henry untuk selalu berperang terbukti merupakan lagi satu caranya untuk menjauhkan diri daripada pemerintahan Henry VII; ayahnya lebih suka keamanan.
Selama dua tahun selepas Henry naik takhta, Richard Fox, Biskop Winchester serta Lord Mohor Privi, bersama-sama dengan William Warham menguasai hal-ehwal negara. Bagaimanapun sejak tahun 1511, kuasa itu dipegang oleh paderi Thomas Wolsey. Pada tahun 1511 itu, Henry menyertai Liga Suci, satu badan raja Eropah yang menentang raja Perancis,Louis XII. Ahli-ahli liga ini juga termasuk pemerintah-pemerintah Eropah seperti Paus Julius II, Maharaja Rom Holy Maximilian I, dan Ferdinand II. Henry VIII memeterai Perjanjian Westminster dengan Ferdinand II ini, dan bersama-sama dengan angkatan tentera Inggerisnya, menyeberangi Selat Inggeris ke Perancis untuk menyertai pengepungan-pengepungan dan pertempuran-pertempuran.
Pada tahun 1514, Ferdinand meninggalkan perikatannya dengan Ferdinand II itu, dan pihak-pihak lain berdamai dengan Perancis. Kejengkelan Henry VIII terhadap Sepanyol kemudian mengakibatkan perbincangan tentang perceraian dengan Permaisuri Catherine. Bagaimanapun apabila Raja Perancis, Francis I, naik takhta pada tahun 1515, England dan Perancis semakin bertentangan, dan Henry mendamaikan Ferdinand semula. Pada tahun 1516, Permaisuri Catherine melahirkan seorang puteri, Mary, dan ini menyebabkan Henry mempercayai bahawa baginda masih boleh dapat seorang pewaris, walaupun kehamilan-kehamilan isterinya yang dahulu telah gagal (seorang bayi yang lahir mati, satu keguguran, dan dua orang bayi yang tidak hidup lama).
Ferdinand mangkat pada tahun 1516, dan diwarisi oleh cucunya (anak saudara lelaki Permaisuri Catherine), Charles V. Menjelang Oktober 1518, Wolsey telah mengatur Perjanjian London yang diketuai oleh Paus untuk memberi tanggapan kemenangan diplomasi luar negeri Inggeris, dan menempatkan England di tengah sebuah perikatan Eropah yang baru dengan tujuan untuk menangkis serangan-serangan Moor melalui Sepanyol, iaitu tujuan asal Paus.
Pada tahun 1519 apabila Maximilian juga mangkat, Wolsey, yang ketika ini memegang jawatan Kardinal, dengan rahsianya mencalonkan Henry untuk jawatan Maharaja Rom Holy, walaupun menyokong Raja Perancis, Francis, di kalayak ramai. Bagaimanapun, pada akhirnya, Charles dipilih oleh para pemilih putera. Persaingan kemudian antara Francis dan Charles membenarkan Henry untuk bertindak sebagai pendamai antara kedua-dua mereka itu. Henry kemudian memegang imbangan kuasa di Eropah. Kedua-dua Francis dan Charles meminta sokongan daripada Henry; Francis dengan upacara yang hebat dan mengagumkan di Medan Kain Emas, dan Charles dengan cara yang lebih serius di Kent.
Bagaimanapun selepas tahun 1521, pengaruh England di Eropah mula merosot. Henry bersekutu dengan Charles V melalui Perjanjian Bruges, dan Francis I ditewaskan oleh angkatan-angkatan tentera Charles dalam Perang Pavia pada Februari 1525. Pergantungan Charles kepada Henry berkurang selepas ini, sementara kuasa England di Eropah semakin lemah. Permintaan bantuan oleh Henry untuk memperoleh Fleur-de-Lys ditolak oleh Charles, walaupun terdapat jaminan-jaminan daripadanya. Ini menyebabkan Perjanjian Westminster pada tahun 1527.
Minat Henry dalah hal-ehwal Eropah diperluas untuk merangkumi serangan terhadap revolusi Jerman Martin Luther. Pada tahun 1521, Henry mendedikasikan Pertahanan Tujuh Sakramen kepada Paus Leo X, dan memperoleh gelaran "Pembela Kepercayaan" (Defensor Fidei) untuk dirinya. Sebelum ini, gelarannya ialah "illustrissimus", yang bermaksud "paling ternama". Gelaran ini telah dikekalkan walaupun England telah berpisah dengan Rom, dan masih digunakan oleh raja British pada hari ini.
Luther Martin. Luther's Correspondence and Other Contemporary Letters, 2 jilid, terjemahan dan suntingan oleh Preserved Smith, Charles Michael Jacobs, Persatuan Penerbitan Luther, Philadelphia, Pa. 1913, 1918. Jilid I (1507-1521) dan vol.2 (1521-1530) daripada Buku-buku Google. Cetakan semula untuk Jilid 1, Penerbitan Wipf & Stock (Mac 2006). ISBN 1-59752-601-0
* juga Raja Denmark • †juga Raja Norway • ‡juga Raja Ireland • §juga Raja Scotland • ¶juga Stadtholder Belanda, Zeeland, Utrecht, Gelderland, Overijssel dan Drenthe