Hikayat Muhammad Ali Hanafiah menceritakan perihal kegagahan dan keperwiraan seorang pejuang Islam, iaitu Muhammad Ali Hanafiah, pada zaman sebelum dan awal kebangkitan Islam.
Terdapat 2 manuskrip Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, iaitu:-
- Manuskrip "A": Cambridge University Library Ll.6.5. yang mengandungi perca dari teks keseluruhan. Tarikh ditulis sekitar 1580, pastinya sebelum 1624. Ia dipercayai didapati oleh Peter Floris di Aceh sekitar 1604 dari koleksi Erpenius yang didapati oleh Cambridge pada 1632.
- Manuskrip "B": Cambridge University Library Ll.6.5. yang mengandungi tek lengkap, bertarikh sebelum 1682. Didapati oleh William Mainstone pada tahun 1682, di Bantam, Jawa.
Hikayat Amir Hamzah merupakan salah satu dari kisah hikayat yang disebut dalam Sejarah Melayu, semasa pertahanan Melaka dari serangan Portugis, hikayat ini dikatakan telah diminta dari Sultan Melaka untuk dibacakan bagi menaikkan semangat pahlawan Melayu. Oleh itu ia jelas menunjukkan kehadirannya sebelum 1511 lagi. Dalam versi bercetak edisi 1987 terdapat 245,273 perkataan di dalamnya.
- Kisah pada malam sesudah Feringgi melancarkan serangannya yang pertama ke atas Melaka, seperti yang tersebut di bawah ini
- Maka Sultan ahmad pun menghimpunkan orang, dan suruh berhadir senjata. Maka hari pun malamlah, maka segala hulubalang dan segala anak tuan-tuan semuanya bertunggu dibalai rong. Maka kata segala anak tuan-tuan itu, Apa kita buat bertunggu dibalai rong diam-diam sahaja? Baik kita membaca hikayat perang, supaya kita beroleh faedah daripadanya. Maka kata Tun Muhammad Onta, benar kata tuan-tuan itu, baiklah Tun Indera Sagara pergi memohonkan Hikayat Muhammad Hanafiah, sembahkan mudah-mudahan dapat patik-patik itu mengambil faedah daripadanya. Kerana Feringgi akan melanggar esok hari. Maka Tun Indera Sagara pun masuk mengadap Sultan Ahmad. Maka segala sembah orang itu semuanya dipersembahkannya kebawah duli Sultan Ahmad. Maka oleh Sultan Ahmad dianugerahi Hikayat Amir Hamzah, maka titah Sultan Ahmad pada Tun Indera Sagara, katakan kepada segala anak tuan-tuan itu, hendak pun kita anugerahkan Hikayat Muhammad Hanafiah, takut tiada akan ada berani segala tuan-tuan itu seperti Muhammad Amir Hamzah pun padalah maka kita beri Hikayat Hamzah. Maka Tun Indera Sagara pun keluarlah membawa Hikayat Hamzah, maka segala titah Sultan Ahmad itu semuanya disampaikannya pada segala anak tuan-tuan itu, maka semuanya diam, tiada menyahut. Maka kata Tun Isap pada Tun Indera Sagara, persembahkan ke bawah duli yang dipertuan, seperti Muhammad Hanafiah, patik-patik itu adalah seperti hulubalang berani. Maka oleh Tun Indera Sagara segala kata Tun Isap itu semuanya dipersembahkannya kepada Sultan Ahmad, maka baginda pun tersenyum maka titah Sultan Ahmad, benar katanya itu. Maka dianugerahi pula Hikayat Muhammad Hanafiah.
Senarai Kesusasteraan Melayu
|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z
|
Pautan luar =