Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Homeostasis asid–bes

Homeostasis asid–bes ialah pengawalaturan homeostasis pH bagi bendalir luar sel badan (ECF).[1] Imbangan yang betul di antara asid dan bes (iaitu pH) dalam ECF adalah penting untuk fisiologi normal badan, dan metabolisme sel. pH bagi bendalir intrasel dan luar sel perlu dikekalkan pada tahap yang tetap.[2]

Banyak protein luar sel seperti protein plasma dan protein membran sel-sel badan adalah sangat sensitif untuk tatarajah tiga dimensi mereka kepada pH luar sel.[3][4] Oleh itu, mekanisme yang ketat wujud bagi mengekalkan pH di dalam had yang sempit. Di luar julat pH yang boleh diterima, protein dinyahasli (seperti struktur 3D menjadi serabut), menyebabkan enzim dan saluran ion (antara lain) menjadi pincang.

Rujukan

  1. ^ Hamm, LL; Nakhoul, N; Hering-Smith, KS (7 December 2015). "Acid-Base Homeostasis". Clinical Journal of the American Society of Nephrology. 10 (12): 2232–42. doi:10.2215/CJN.07400715. PMID 26597304.
  2. ^ J., Tortora, Gerard (2012). Principles of anatomy & physiology. Derrickson, Bryan. (ed. ke-13). Hoboken, NJ: Wiley. m/s. 42–43. ISBN 9780470646083. OCLC 698163931.
  3. ^ Macefield, Gary; Burke, David (1991). "Paraesthesiae and tetany induced by voluntary hyperventilation: increased excitability of cutaneous and motor axons". Brain. 114 (1): 527–540. doi:10.1093/brain/114.1.527.
  4. ^ Stryer, Lubert (1995). Biochemistry (ed. ke-4). New York: W.H. Freeman and Company. m/s. 347, 348. ISBN 0 7167 2009 4.
Kembali kehalaman sebelumnya