Individu ialah unit terkecil dalam pembentukan masyarakat.[1] Dalam sains sosial, individu bermaksud juga bahagian terkecil dari kumpulan masyarakat yang tidak dapat dipisah lagi menjadi bahagian yang lebih kecil.[1] Sebagai contoh, suatu keluarga terdiri dari bapa, ibu, dan anak.[1] Bapa merupakan individu dalam kumpulan sosial tersebut, yang sudah tidak dapat dibahagi lagi ke dalam satuan yang lebih kecil.[1]
Pada dasarnya, setiap individu memiliki ciri-ciri yang berbeza.[2] Individu yang saling bekerjasama akan membentuk kumpulan atau masyarakat.[2] Individu tersebut akan memiliki perwatakan yang sama dengan kumpulan di mana dirinya bekerjasama.[2]
Individu berasal dari perkataan latin, “individuum” yang bermaksud tak terbahagi. Perkataan individu merupakan sebutan yang dapat untuk menyatakan suatu kesatuan yang paling kecil dan terhad. Perkataan individu bukan bermaksud manusia sebagai keseluruhan yang tak dapat dibahagi melainkan sebagai kesatuan yang terhad iaitu sebagai manusia perseorangan, demikian pendapat abdilah khusu Individu menurut konsep ahli sosiologi bermaksud manusia yang hidup berdiri sendiri.