Injap mitral (juga dikenali sebagai injap bikuspid atau injap atrioventrikel kiri) ialah injap dua flap (bi- daripada bahasa Latin, bererti dua atau dwi-, dan mitral- daripada bahasa Latin, bererti berbentuk seperti rencong) di dalam jantung yang terletak di antara atrium kiri dengan ventrikel kiri. Injap mitra (tidak patut dikelirukan dengan injap aorta bikuspid kongenital) dan injap trikuspid secara kolektif dikenali sebagai injap atrioventrikel kerana terletak di antara atrium dan ventrikel jantung dan mengawal aliran darah.