Isoroku Yamamoto (山本 五十六code: ja is deprecated , Yamamoto Isoroku, 4 April 1884 – 18 April 1943) ialah seorang Laksamana Armada dalam Tentera Laut Imperial Jepun (IJN) dan merupakan Panglima BesarArmada Gabungan tentera laut bagi empat tahun pertama Perang Dunia II. Beliau secara umumnya dianggap panglima perang laut Jepun yang terhebat, dan antara pakar strategi tentera laut terbaik dalam sejarah.
Yamamoto menyandang beberapa jawatan penting dalam Tentera Laut Imperial Jepun, dan melakukan banyak perubahan dan penyusunan semulanya, terutamanya dalam membangunkan penerbangan laut. Beliau adalah panglima besar pada tahun-tahun awal Perang Pasifik dan telah bertanggungjawab bagi pertempuran-pertempuran besar seperti Pearl Harbor dan Midway. Beliau terbunuh selepas pemecah kod Amerika mengenal pasti jadual penerbangannya dan pesawatnya ditembak jatuh. Kematiannya merupakan satu tamparan hebat buat tentera Jepun semasa Perang Dunia II.
Latar belakang keluarga
Yamamoto dilahirkan sebagai Isoroku Takano (?? ??? Takano Isoroku) di Nagaoka di Niigata. Bapanya adalah Takano Sadayoshi (?? ?? Takano Sadayoshi), samurai tahap rendah di Nagaoka-han. "Isoroku" adalah istilah Jepun silam bererti "56"; nama yang merujuk kepada usia bapanya ketika Isoroku dilahirkan.
Namanya sendiri merupakan satu komplot (intriguing) denganmana nama keluarga bapanya. Sebagai contoh, sekiranya seseorang Jepun mendapat malang seperti hanya mendapat anak perempuan, mereka akan mendesak salah seorang daripada menantu lelaki agar menukar nama keluarga bagi mengekalkan nama keluarga anak perempuan mereka. Juga bukanlah perkara luar biasa bagi menukar nama seseorang.
Pada 1916, Isoroku menukar nama akhirnya kepada Yamamoto, kerana Yamamoto merupakan nama yang dihormati dan tua dalam sejarah Jepun. Salah seorangnya adalah Tatekawa Yamamoto, yang menentang Maharaja dan tenteranya pada Pertempuran Watkamatsu, semasa perperangan Bosshin. Kerana dia merupakan salah seorang pemimpin pemberontak, apabila dia ditangkap, dia di penggal kepalanya di Watkamatsu. Disebabkan Tatekawa tidak mempunyai anak lelaki, Isoroku turut merupakan masa depan puak Yamamoto.
Menjadi perkara biasa di Jepun bagi seorang lelaki berkahwin bertujuan untuk mendapat anak lelaki bagi mengekalkan nama keluarga. Inilah yang dilakukan oleh Isoroku. Pada tahun 1918, dia mengawini Reiko, yang, secara ironinya, dari keluarga Watkamatsu. Mereka mendapat empat orang anak, dua lelaki dan dua perempuan.
Kerjaya tentera laut awal
Yamamoto memasuki Akademi Tentera laut di Etajima, Hiroshima pada 1901, tamat belajar pada tahun 1904. Pada tahun 1905 semasa Perang Russia-Jepun, dia turut terbabit sebagai ensign di atas penjajap Nisshin di Pertempuran Tsushima melawan Angkatan Baltik Russia. Dalam pertempuran itu, dia kehilangan dua jari pada tangan kirinya (lihat gambar sebelah kanan). Selepas perang, dia menyertai beberapa kapal berlayar diseluruh lautan Pasifik.
Pada tahun 1913, dia menyertai Kolej Staff Tentera laut (Naval Staff College) di Tsukiji, tanda-tanda bahawa dia sedang dilatih bagi pucuk pimpinan (high command). Selepas tamat pada 1916, dia dilantik sebagai kakitangan Skuarden Tempur Kedua (Second Battle Squadron) dan diambil sebagai ahli keluarga Yamamoto. Semenjak 1919 hingga 1921, dia belajar di Universiti Harvard.
Dilantik sebagai Komander sekembalinya ke Jepun, dia mengajar di Kolej Staff sebelum dihantar ke Pusat Latihan Udara baru di Kasumigaura pada 1924, untuk mengarahnya dan belajar terbang.
Persediaan untuk berperang, 1920-an dan 1930-an
Dari 1926 hingga 1928, dia merupakan (naval attache) kepada kedutaan Jepun di Washington, dan banyak mengembara dikeseluruh Amerika Syarikat, yang memberikannya pandangan mendalam mengenai saingan masa hadapannya. Dia kemudiannya dilantik ke bureau (Naval Affairs bureau) dan dilantik sebagai Laksamana Muda (Rear Admiral). Dia menghadiri London Naval Conference pada 1930. Sekembalinya ke Jepun, dia menyertai Naval Aviation Bureau dan dari tahun 1933 mengetuai bureau dan menguruskan keseluruhan program penerbangan Tentera laut.
Pada Disember 1936, Yamamoto dilantik sebagai timbalan menteri bagi Tentera laut Jepun, dan menggunakan kedudukannya bagi mengutarakan dengan penuh semangat untuk kuasa udara Tentera Laut dan menentang pembinaan kapal tempur yang baru. Dia juga menentang penjajahan Manchuria dan keinginan tentera bagi bersepakat dengan Jerman. Apabila kapal terbang Jepun menyerang kapal bersenjata US, Panay di sungai Yangtze pada Disember 1937, dia memohon maaf secara sendiri kepada duta Amerika. Dia menjadi sasaran cubaan bunuh pihak (fascist); keseluruhan kementerian Tentera Laut terpaksa diletakkan di bawah kawalan. Bagaimanapun, pada 30 Ogos1939, Yamamoto dilantik menjadi Laksamana dan dilantik sebagai commander-in-chief seluruh armada.
Laksamana Yamamoto tidak mengurangkan kedudukan anti-konflik logiknya apabila Jepun menanda tangani Persekutuan Tripartite (Tripartite Pact) dengan Jerman dan Itali pada September1940. Yamamoto memberi amaran kepada Premier Konoe Fumimaro untuk tidak menimbangkan perperangan dengan Amerika Syarikat: "Sekiranya saya diperintahkan berperang... Saya akan bermaharajalela bagi enam bulan pertama... tetapi saya tidak mempunyai sebarang keyakinan bagi tahun kedua dan ketiga." Dia terbukti amat tepat kerana Pertempuran Midway (secara umumnya dianggap titik perubahan dalam konflik Pasifik) berlaku enam bulan (hampir pada hari) selepas pengeboman Pearl Harbor. Pandangan jauhnya turut mendorongnya untuk mempercayai bahawa serangan (pre-emptive) terhadap pasukan Tentera Laut US amat penting sekiranya perperangan berlaku.
Dia juga membayangkan dengan tepat taktik "lompat pulau (island-hopping)" dan penguasaan udara yang akan ditonjolkan dalam perperangan itu, walaupun pandangannya gagal apabila ia berkenaan kapal tempur, kerana dia (sebagaimana kebanyakan pegawai dalam Tentera Laut Amerika, harus dirumuskan) masih percaya sebagai salah satu komponen penting bagi pasukan Tentera Laut.
Serangan keatas Pearl Harbor, 1941
Berikutan dengan penjajahan Indochina dan pembekuan aset Jepun oleh US pada Julai1941, Yamamoto memenangi perdebatan mengenai taktik dan keseluruhan cabang udara Angkatan Pertama (First Fleet) di bawah Laksamana Chuichi Nagumo ditumpukan terhadap angkatan Amerika pada Pearl Harbor, menyerang pada 7 Disember. Dengan sekitar 350 kapal terbang dilancarkan daripada enam kapal induk, lapan belas kapal perang Amerika ditenggelamkan atau dilumpuhkan. Kegagalan Nagumo untuk memerintahkan operasi cari-dan-serang yang kedua terhadap kapal induk Amerika atau gelombang kedua bertujuan bagi memusnahkan kemudahan simpanan minyak penting pangkalan itu yang bakal melumpuhkan operasi angkatan Pasifik US secara sendiri dan kegagalan Yamamoto untuk mendesaknya, menukarkan kemenangan taktikal menjadi kekalahan strategik.
Pertempuran Laut Jawa, February 1942
Yamamoto mengarah operasi bagi Pertempuran Laut Jawa pada 27 Februari–28 Februari1942. Tanpa pembabitan basar kuasa udara dan pertempuran hampir sepenuhnya berlaku antara penjajap, pihak Jepun mengalahkan pasukan kapal gabungan Belanda, British, dan Amerika Syarikat, dengan itu membolehkan Jepun merampas Jawa.
Pada bulan yang sama, Laksamana Yamamoto, yang bertanggung jawab merancang serangan keatas Pearl Harbor yang berjaya, mencadangkan penjajahan Australia serta-merta. Dia baru sahaja melaksanakan serangan bom pada Darwin di Wilayah Utara. Dia merayu dengan Kakitangan Umum Jepun (Japanese General Staff), untuk mendaratkan dua Division Tentera Jepun dipersisiran utara Australia yang mempunyai pertahanan yang lemah. Mereka merancang untuk menyusur landasan kereta api utara-selatan sehingga ke Adelaide, dengan itu membahagikan Australia kepada dua medan hadapan. Apabila Adelaide telah dirampas, pasukan kedua akan mendarat disebelah persisiran timur laut Australia dan menuju keutara ke Sydney dan kearah selatan ke Melbourne.
Rancangan Yamamoto kelihatannya sebagai rancangan mengumpan dan bukanlah rancangan bagi menjajah Australia. Dia ingin menarik sebahagian besar tentera Amerika daripada melancarkan serangan keatas kelompok Kepulauan Jepun jauh di utara Australia.
Jeneral Yamashita bersetuju dengan Rancangan Penjajahan Yamamoto malah menawarkan diri bagi mengetua penjajahan tersebut. Bagaimanapun, rancangan itu ditentang oleh Perdana Menteri Jepun, Jeneral Tojo, kerana dia percaya bahawa tiada rancangan kecermasan (contingency plans) dipertimbangkan dalam Rancangan Penjajahan Yamamoto. Jeneral Tojo bimbangkan angkatan perdagangan Jepun telah direnggang kepada jangkauan maksima dan pihak Amerika dengan mudah dapat mengalihkan B-17Flying Fortress mereka ke Sydney untuk memusnahkan pasukan penjajahan.
Maharaja Hirohito memutuskan bagi melengahkan Rancangan Penjajahan sehingga pasukan Jepun berjaya menduduki Burma dan bergabung dengan pemberontak Indian Nationalists. Keputusan Pertempuran Laut Karang (Coral Sea) dan Midway memastikan bahawa Pelan Penjajahan Australia tidak pernah dipertimbangkan kembali.
Pertempuran Midway, Jun 1942
Yamamoto kemudiannya memutuskan mengambil rancangan bercita-cita tinggi bagi mengalahkan Angkatan Pasifik Amerika dalam pertempuran muktamad. Dia memulih terumbu (atoll) Pulau Midway sebagai sasaran strategik yang akan diduduki Jepun sekiranya Jepun berjaya menarik keluar kapal induk Amerika. Yamamoto bercadang bagi menarik keluar pihak Amerika dalam serangan hendap untuk memusnahkan kapal induk mereka. Yamamoto percaya bahawa sekiranya Jepun tidak memenangi pertempuran muktamad dalam masa terdekat, Jepun hanya menunggu masa untuk kalah.
Yamamoto memerintah satu angkatan besar sejumlah 250 kapal, termasuk lapan buah kapal induk. Strategi Yamamoto adalah siri serangan mengumpan dan mengacah yang rumit bagi memerangkap pihak Amerika. Malangnya bagi pihak Jepun, pihak AMerika menyedari rancangan mereka. Komunikasi yang dipintas dan dinyah enkripsi bererti pada akhir bulan May, pihak Amerika mengetahui tarikh dan lokasi operasi tersebut, termasuk juga komposisi pasukan Jepun.
Tambahan kepada keadaan ini adalah hubungan komunikasi yang lemah pada pihak Jepun, dan komandernya berada dalam keadaan tidak bersedia; tambahan lagi, kedudukan taktikal Jepun, ditetapkan oleh doktrin lapuk, yang masih menentukan kapal tempur sebagai unit penting, yang mana adalah satu kesilapan. Menetapkan kapal induk sebagai sebahagian pelindung kepada kapal tempur, mereka meletakkan kapal induk dibaris hadapan unit kapal tempur, yang diletak jauh di baris belakang, berlainan dengan doktrin Amerika Syarikat, yang meletakkan kapal tempur disekeliling kapal induk—unit utama yang sebenar—bagi melindungi mereka terhadap serangan kapal dan kapal terbang.
Pertempuran Midway, daripada 4 Jun sehingga 6 Jun 1942, merupakan bencana terhadap Jepun. Mereka kehilangan empat kapal induk berbanding satu oleh Amerika, dan 3,500 orang berbanding hanya 300 Amerika maut. Pasukan USN amat bernasib baik, menemui kapal induk Jepun semasa pihak Jepun sedang memasang senjata pada kapal terbang mereka bagi menyerang kapal induk Amerika, faktor yang memainkan peranan utama dalam tahap kemenangan Amerika. Sesetengah pemerhati menyatakan bahawa kehilangan juruterbang berpengalaman Jepun yang berpengalaman merupakan kehilangan yang lebih penting terhadap Jepun berbanding kehilangan kapal mereka.
Aksi selepas Midway
Yamamoto tidak pernah pulih daripada kekalahan di Midway, walaupun dia kekal berkuasa. Dia mengarah kempen Solomons den menyedari kepentingan strategik Pertempuran Guadalcanal, dia memulakan usaha bagi menyingkir tentera Amerika yang mendarat pada 7 Ogos 1942. Yamamoto, bagaimanapun, gagal memahami pada peringkat cukup awal bahawa pertama pertempuran ini penting, dan tahap usaha yang diperlukan bagi menang. Tentera Jepun mengalami kerugian besar sebelum dia memutuskan bahawa dia tidak mampu menyingkirkan tentera Amerika, yang kekuatannya telah meningkat melebihi titik di mana pihak Jepun mampu menang. Pada 4 Januari1943, dia memerintahkan pengunduran dari pulau tersebut. Pengunduran yang dilakukan merupakan mercu tindakan taktikal.
Kematian Yamamoto
Bagi meningkatkan moral selepas kekalahan di Guadalcanal, Yamamoto memutuskan bagi melakukan lawatan pemeriksaan sepanjang Pasifik Selatan. Pada 14 April 1943, di atas usaha perisikan tentera laut Amerika, dengan menggunakan nama kod "Magic", berjaya memintas dan menyahsulitan lapuran mengenai lawatan tersebut.
Perutusan enkripsi asal NTF131755 ditujukan kepada komander Base Unit No. 1, Flotila Udara ke 11 (11th Air Flotilla dan Flotila Udara ke 26 (26th Air Flotilla), memberitahu rancangan lawatan yang disulitkan menggunakan Japanese Naval Cipher JN-25D (Naval Operations Code Book of the third version of RO) dan dipintas oleh Unit Radia Angkatan Armada Pasifik - (Fleet Radio Unit Pacific Fleet).
Perutusan itu mengandungi perincian mengenai tempat, waktu berlepas, dan ketibaan Yamamoto, termasuk juga jumlah dan jenis pesawat yang akan membawa dan mengiringinya dalam perjalanan. Perutusan tersebut menjelaskan bahawa Yamamoto akan terbang ke Bougainville di kepulauan Solomon di persisiran New Guinea, menggunakan Mitsubishi G4M "Betty" — pesawat pengebom berenjin kembar — pada 18 April. Dia akan diiring oleh enam pejuang Mitsubishi Zero, dan dijangka tiba pada 0800 dan kemudiannya berlepas melalui bot ke kepulauan Shortland pada 0840.
Penumpang Pesawat Yamamoto
(Nombor ekor T1-323)
Pilot Pegawai Warrant Officer Takeo Koyani
Penumpang Laksamana Isoroku Yamamoto (C-in-C)
Penumpang Kadet Ishizaki (setiausaha C-in-C)
Penumpang Kadet Toibana (Pegawai Staff Udara Kanan - Senior Air Staff Officer)
Penumpang Laksamana Muda Kitamura (Pegawai Kewangan Armada - Fleet Financial Officer)
Penumpang Laksamana Muda Takata (Pegawai Perubatan Armada - Fleet Medical Officer)
Yang menarik adalah pilihan pesawat yang dipilih bagi membawa penumpang, Mitsubishi G4M "Betty". Betty mengubah operasi pengebom tentera laut Jepun kerana keupayaan jarak amat jauhnya. Terkenal kerana kecenderungannya untuk terbakar kerana tangki luarnya yang besar dan tidak dilindungi yang cenderung untuk meletup apabila terkena tembakan tubi pendek (short burst) musuh, ia dikenali sebagai "pemetik api satu tembakan - one-shot lighter" oleh juru terbang pihak Berikat semasa Perang Dunia II.
Operasi Dendam (Vengeance)
Laksamana Nimitz, apabila diberikan pilihan bagi membunuh rakan sejawatan Jepun, memutuskan dia perlu mendapatkan nasihat pihak atasan. Keseluruhan operasi perisikan mungkin terdedah sekiranya pihak Jepun menyedari bahawa jadual Yamamoto telah dinyah kod. Laksamana Ernest King, pegawai berpangkat tertinggi dalam Tentera laut, memutuskan bahawa mesti mendapatkan kelulusan Presiden. Roosevelt menandatangani arahan esekutif "pembunuhan politik".
Teragak-agak bagi mengesahkan pembunuhan sasaran sedemikian membabitkan silap faham mengenai apa yang sebenarnya dibenarkan (proscribed) oleh undang-undang antarabangsa. Menurut Artikel 23b daripada Hague Convention, "Ia dilarang khas untuk membunuh atau mencederakan dengan khianat mereka yang daripada tentera atau negara lawan." Ini boleh ditakrifkan bukannya sebagai larangan kepada semua pembunuhan sasaran, tetapi bagi pembunuhan untuk dianggap tidak sah, ia perlu menggunakan cara khianat.
Apa yang dianggap misi bunuh diri diberikan kepada juruterbang Tentera Darat U.S. yang dianggap boleh dibuang dan menonjol (colorful and expendable) daripada Tentera udara Kaktus (Cactus Air Force) yang lusuh("Cactus" merupakan kod Berikat bagi pulau)Guadalcanal. Perancangan bagi misi ini disempurnakan oleh timbalan Pemerintah Pejuang (Fighter Command), Liftenen Kolonel Luther S. Moore, yang menjadualkan P-38s jarak jauh Tentera Darat dilengkapi dengan perkakasan navigasi Tentera laut bagi tugasan tersebut. Mereka merupakan satu-satunya pesawat udara dalam lapangan ini yang mampu melakukan penerbangan 425-batu (787 km) ke Bougainville dan kembali. Setiap pejuang membawa meriam 20 mm dan 4 × 50-kaliber (12.7 mm) mesingan, dan apabila dilengkapi dengan tangki gas tambahan 300-gelen (1136 L) sebagai tambahan kepada tangki 165 gelen (625 L) sedia ada, mereka akan membawa cukup bahan api bagi penerbangan pulang dari Guadalcanal ke Bougainville. Pelan penerbangan disediakan oleh Pegawai Pemerintah Operasi (Command Operations Officer), Major Condon.
Di bawah judul "Operasi Dendam - Operation Vengeance", enam belas daripada P-38 dilengkapi khusus daripada Skuardron Pejuang ke 339, US Army Major John W. Mitchell memimpin, terbang daripada Lapangan Henderson, Guadalcanal untuk menyerang hendap Yamamoto di udara dalam perjalanan dari Rabaul ke Bougainville. Tarikh ini, 18 April dipilih khusus pada ulang tahun satu tahun Doolittle Raid, sebahagiannya sebagai membalas dendam kerana ia baru diketahui bahawa tiga orang daripada penyerang yang ditawan telah dipancung oleh pihak Jepun.
Untuk mengelak dikesan, rancangannya adalah menyusur tahap ombak sepanjang jalan ke Bougainville, dan memutuskan hubungan radio. Kumpulan bertugas terbang melebihi 740 km (400 batu) pada jarak tidak lebih 15 meter (50 kaki) dari permukaan air. Ini merupakan misi pemintasan pejuang terjauh dalam perperangan; ia amat mengkagumkan bahawa kapal terbang tersebut sampai kelokasi tepat pada masa setelah merentasi jarak yang sebegitu jauh, sebagaimana juga kapal terbang Yamamoto yang sentiasa tepat pada masanya.
Kumpulan "pembunuh" yang terdiri daripada empat P-38 aitugaskan menyerang dua pengebom "Betty" yang membawa Yamamoto dan kakitangannya dan enam Zeros pelindung (yang berlepas dari lapangan terbang Kahili berhampiran Buin). Pada awal pagi 18 April, kedua Betty dilihat menghampiri lapangan terbang Kahili di Bougainville. Selepas beberapa siri perjuangan (dogfights) berlarutan selama sepuluh minit, pengebom pertama ditembak dengan tembakan mesingan dan terhempas kedalam hutan di bawah. Tidak mengetahui dengan tepat, kapal terbang yang mana membawa Yamamoto, kapal terbang pengebom kedua turut diserang, dan terhempas kedalam laut bersama para penumpangnya iaitu Timbalan Laksamana Matome Ugaki, yang terselamat.
Keenam juruterbang Zero yang merupakan pengiring Yamamoto tidak mampu melakukan apa-apa untum memberi amaran kepada pesawat pengebom yang membawa laksamana dan kakitangannya kerana radio primitif Zero mereka telah dikeluarkan bagi mengurangkan berat, dan pemimpin mereka telah ditembak jatuh. Mereka kemudiannya diberi arahan untuk bertempur sehingga mati, dan dalam tempoh enam bulan, lima daripada keenam juruterbang tersebut telah mati.
Juruterbang kumpulan pembunuh terdiri daripada Tom Lanphier, Rex Barber, Besby Holmes, dan Ray Hine. Dakwaan awal Lanphier bagi "bunuh" tersebut kemudiannya dinafikan; ia adalah Barber, pendua "wingman" Lanphier, yang akhirnya dianugerahkan "bunuh" pada tahun 1972 selepas bukti baru dikemukakan, dalam bentuk wawancara berakam dengan juruterbang Zero tunggal yang terselamat, Kenji Yanagiya. Salah seorang juruterbang dalam kumpulan pembunuh turut hilang dalam pertembungan tersebut.
Yamamoto kelihatannya terbunuh di udara oleh peluru mesingan yang mengenai kepalanya, walaupun terdapat persoalan samaada di terbunuh serta merta. Mayat Yamamoto dijumpai oleh pasukan pencari dan selamat Jepun, diketuai oleh jurutera Tentera Leftenan Hamasuna, pada keesokan harinya dalam hutan di utara Buin. Menurut sumber semasa, dia telah tercampak keluar daripada bangkai kapal terbang, tangannya yang bersarung tangan mengenggam hulu pedangsamurainya. Menurut Leftenan Hamasuna, Yamamoto dapat dikenali dengan serta-merta, duduk dengan sempurna di bawah pokok, kepalanya tunduk seolah-olah bertafakur; bagaimanapun, berdasarkan bukti menunjukkan Yamamoto hampir mati sebelum kapal terbang terhempas, ia dipercayai bahawa mayatnya dikemaskan oleh pasukan pencari sebagai tanda hormat.
Di Jepun ini dikenali sebagai kejadian "Navy k?. Ia meningkatkan moral di Amerika Syarikat, dan mengejutkan tentera Jepun yang hanya diberitahu secara rasmi mengenai kejadian tersebut pada 21 May 1943. Untuk menutup fakta bahawa pihak Berikat membaca kod Jepun, Akhbar Amerika Syarikat menerbitkan berita bahawa pemerhati pantai awam di Solomon melihat Yamamoto menaiki kapal terbang pengebom dikawasan tersebut.
Di Jepun ini dikenali sebagai kejadian "Navy k?. Ia meningkatkan moral di Amerika Syarikat, dan mengejutkan tentera Jepun yang hanya diberitahu secara rasmi mengenai kejadian tersebut pada 21 May 1943. Untuk menutup fakta bahawa pihak Berikat membaca kod Jepun, Akhbar Amerika Syarikat menerbitkan berita bahawa pemerhati pantai awam di Solomon melihat Yamamoto menaiki kapal terbang pengebom dikawasan tersebut.
Kapten Watanabe dan kakitangannya membakar mayat Yamamoto di Buin, dan abunya dikembalikan ke Tokyo di atas kapal tempur Musashi, kapal pemerintah terakhir Yamamoto. Yamamoto diberikan pengebumian negara penuh pada 3 Jun 1943, di mana dia menerima, posthumousl, gelaran Laksamana Armada (Fleet Admiral) dan dianugerahkan Order of the Chrysanthemum, Pangkat Pertama. Sebahagian abunya ditanam di perkuburan umum di Tuma, Tokyo, dan bakinya diperkuburan leluhurnya di Kuil Chuko-Ji di Bandar Nagaoka.
Bangkai kapal terbang Yamamoto terletak di dalam hutan berhampiran Moila Point, beberapa kilometer di jalan Panguna-Buin. Papan tanda boleh dijumpai berhampiran perkampungan Aku, 24 km di luar Buin. Satu lorong kebangkai pesawat tersebut telah disediakan di dalam hutan, satu jam perjalanan dari jalan besar.
Agawa, Hiroyuki; Bester, John (trans.), The Reluctant Admiral (Kodansha, 1979), ISBN 4-7700-2539-4. The definitive biography of Yamamoto in English. This book explains much of the political structure and events within Japan that lead to the war, with many details unfamiliar to most Americans.
Hoyt, Edwin P., Yamamoto: The Man Who Planned Pearl Harbor (McGraw-Hill, 1990), ISBN 1-58574-428-X.
Fading Victory: The Diary of Admiral Matome Ugaki, 1941-45. University of Pittsburgh Press, Copyright 1991. ISBN 0-8229-5462-1. A high-level view of the war from the Japanese side is within the diaries of Yamamoto's Chief of Staff, Admiral Matome Ugaki. Here will be found evidence of the intentions of the imperial military establishment to seize Hawaii and to operate in the Indian Ocean. Translated by Masataka Chihaya, this edition contains extensive clarifying notes from the U. S. editors derived from the U. S. military histories.