Klik [tunjuk] di sebelah kanan untuk butiran lanjut.
Tiada sebab dinyatakan untuk tag wikikan pada rencana ini. Anda boleh memasukkan sebab dengan menggunakan parameter |reason=, seperti berikut: {{Wikikan|reason=Sebab anda di sini}}
Sila gantikan markap HTML dengan markap wiki di mana sesuai.
Tambahkan pautan wiki. Buat pautan—di mana sesuai—ke rencana lain dengan meletakkan "[[" and "]]" pada kedua belah perkataan yang berkaitan (lihat Wikipedia:Manual gaya penulisan (pautan) untuk maklumat lanjut) dan pastikan pautan-pautan anda berfungsi seperti yang dijangkakan. Sila jangan pautkan istilah yang sudah umum pada kebanyakan pembaca, seperti pekerjaan yang biasa, istilah geografi yang terkenal, dan barangan seharian.
Kemaskan pautan lapuk/formatkan bahagian rujukan dan nota kaki, menggunakan templat petikan di mana sesuai.
Padamkan pesanan ini.
Istana Balai Besar adalah istana yang terletak di Kota Bharu, Kelantan. Sultan Muhammad II telah memindahkan pusat pentadbiran Kelantan dari Kota Saba ke Kota Bharu sekarang ini pada tahun 1844. Semasa pemindahan pusat pentadbiran ini, Baginda telah mengarahkan pembinaan sebuah Istana untuk baginda bersemayam.
Istana Balai Besar ini telah menjadi tempat bersemayam beberapa orang Sultan iaitu bermula dari Sultan Muhammad II (1839-1886), Sultan Ahmad (1886-1889), Sultan Muhammad III (1889-1890), Sultan Mansur (1890 – 1899) dan Sultan Muhammad IV (1899-1920).
Istana Balai Besar adalah Istana Keramat buat keturunan Kesultanan Kelantan dan disinilah tempat berlangsungnya segala upacara rasmi dan adat istiadat diraja dari tahun 1845 sehingga sekarang. Upacara rasmi yang pertama diadakan sempena menyambut “Surat Sejabat” atau pengiktirafan daripada Raja Siam kepada Sultan Muhammad II.
Isi kandungan Surat Sejabat ini adalah pengesahan Tuan Senik Mulut Merah sebagai Sultan Muhammad II oleh Raja Maha Besar Siam yang juga penaung Kelantan. Raja Siam tersebut juga memberi gelaran kepada Sultan Muhammad II sebagai “Pia Lecha Kelantan”.
Sepanjang Istana ini menjadi tempat bersemayam Sultan-sultan Kelantan, beberapa tambahan telah dilakukan pada Istana Balai Besar seperti pada bahagian hadapan dan balai penghadapan iaitu pada masa pemerintahan Sultan Muhammad IV dan Sultan Ismail. Walau bagaimanapun, ia tidak menjejaskan bentuk asal reka bentuk Istana yang unik ini.
Istana Balai Besar dibina oleh tukang yang mahir di Kelantan pada waktu itu. Ia diketuai oleh Muhamad Salleh seorang tukang yang berasal dari Terengganu dan menetap di Kampung Kangkong dalam jajahan Pasir Mas. Beliau satu-satunya orang yang mahir dalam pertukangan dan membuat ukiran pada masa itu.
Istana dua tingkat ini menjadi tempat berlangsungnya segala upacara seperti pemasyhuran, kemahkotaan dan lain-lain. Ia juga merupakan suatu institusi yang mengekalkan sumber adat resam Melayu. Di ruang dalam istana ini terdapat singgahsana tempat bersemayam, bilik majlis penghadapan dan tempat majlis persandingan.
Upacara rasmi terbaru yang dilangsungkan di Istana Balai Besar ini adalah ketika pemasyhuran Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan dengan gelaran Sultan Muhammad V pada 13 September 2010.
Walaupun Istana Balai Besar tidak lagi menjadi kediaman Sultan-sultan Kelantan selepas Sultan Muhammad IV tetapi istana ini tetap dijadikan istana rasmi bagi segala upacara dan adat istiadat diraja sehingga ke hari ini.
Berhampiran Istana Balai Besar terdapat sebuah bangunan lama yang juga ada kaitan dengan istana tersebut. Bangunan ini dikenali dengan Rumah Membuat Bunga Emas. Rumah ini dijadikan sebagai tempat membuat bunga emas iaitu hadiah kepada Kerajaan Siam setiap tiga tahun sekali sebagai tanda persahabatan pada zaman dahulu.