Istana Bellver (Bahasa Sepanyol: Castillo de Bellver) ialah istana gaya Gothic di bukit yang terletak 3 km dari barat pusat Pulau Palma di Majorca, Sepanyol.[1]
Binaan istana yang merupakan lantai berbentuk bulat yang bersambungan dengan menara bulat, nampaknya diilhamkan oleh kompleks atasan Herodion, iaitu istana bukit pada tahun 15 SM di Tebing Barat, yang juga berbentuk bulat dan mempunyai menara utama besar serta 3 menara kecil. Istana ini asalnya digunakan sebagai kediaman Raja Mallorca apabila mereka tidak tinggal di daratan utama Eropah, kemudian sejurus itu, tempat ini jarang digunakan sebagai penempatan untuk pegawai pada kurun ke-17. Tempat ini ditubuhkan sebagai tempat perjumpaan majlis diraja, dan strukturnya menggabungkan keperluan istana dengan unsur pertahanan. Pada tahun 1931, Republik Ke-2 Sepanyol mewakafkan istana ini kepada bandar Palma, dan juga hutan di sekitarnya.
Rujukan