Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Istana Lubuk Pusing

Istana Lubuk Pusing merupakan Istana diraja yang dibina oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang berdekatan dengan Sungai Merbok.

Istana ini telah termusnah semasa Pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Kini hanya meninggalkan tapak peninggalan sahaja yang terletak di tanah persendirian.

Istiadat perkahwinan Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan Syarifah Seha Syed Hussein pada tahun 1892.

Rekod-rekod lama

Istiadat perkahwinan

Istiadat perkahwinan Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan Syarifah Seha binti Syed Hussein telah berlangsung pada tahun 1892. Istiadat perkahwinan baginda telah memeriahkan seluruh Kampung Lubuk Pusing.[1]

  1. ^ Lembaga Muzium Negeri Kedah
Kembali kehalaman sebelumnya