Istana kota Pembroke
|
Sebahagian dari Pembrokeshire
|
Pembroke, Wales rujukan grid UK SM981015
|
Tembol pertahanan barat Istana Kota Pembroke. Menara Ibu Abad ke-13 adalah setinggi 23 meter (75 ka) dengan tembok setebal 6 meter (20 ka) pada dasar.
|
Jenis
|
Istana kota Linear
|
Dibina
|
1093 1189–1218 1234–1241
|
Dibina oleh
|
Arnulf dari Montgomery William Marshal Gilbert Marshal
|
Bahan binaan
|
Ashlar Siltstone Mortar Balak
|
Tinggi
|
Sehingga 23 meter (75 ka)
|
Digunakan
|
Sehingga kurun ke-17
|
Keadaan sekarang
|
Dipulihkan separa
|
Pemilik sekarang
|
Keluarga Philipps
|
Dibuka kepada awam
|
Ya
|
Dikawal oleh
|
Keluarga Philipps Majlis Bandar Pembroke
|
Pertempuran/perang
|
Kepungan Pembroke
|
Istana kota Pembroke merupakan salah sebuah istana kota yang terletak di Britain. Tersergam di persisiran Suffolk, Istana kota pertama yang di bina di Pembroke pada tahun 1093 oleh Roger dari Montgomery, dan teguh bertahan banyak serangan Welsh selama beberapa dekad. Bagaimanapun, pada tahun 1189 di bawah milik William Marshall, istana kota tanah dan balak awal secara perlahan-lahan bertukar menjadi kubu batu yang berkuasa. Menguasai tapak pertahanan adalah Menara Ibu bulat yang besar, satu dari contoh yang terbesar dan indah dari jenisnya di British. Pada dasar struktur ini menaranya setebal 19 kaki (5.7m) tebal, dan ia berdiri setinggi lima tingkat sehingga ketinggian 75 kaki (22.5m) dan ditutupi dengan dom batu yang unik.
Antara peninggalan besar lain di Istana kota Pembroke adalah Rumah Pagar ('Gatehouse') dan Menara Barbican kurun ke tiga belas yang menakjubkan, dua puing dewan besar, dan satu siri menara dipulihkan yang terletak dalam tembok pertahanan. Oleh kerana Menara Ibu tidak pernah direka bagi memberikan kemudahan domestik yang selesa, bahagian kediaman utama istana kota tersebut terletak dalam Rumah Pagar. Bersama dengan Barbican, yang pernah memiliki aturan portcullises, bahagian istana kota ini membentuk unit perkubuan yang luas. Berikutan dengan kejayaan Cromwell menguasai Istana kota Pembroke pada tahun 1648, kesungguhan kekuatan Menara Barbican diuji sepenuhnya. Memerintah kemusnahan istana kota satu perkara, tetapi benar-benar cuba untuk memusnahkannya menjadi tmbunan batu.
Malah meriam dan ubat bedil tidak mampu menyempurnakan tugasan itu sepenuhnya. Satu dari bangunan yang ditambah pada abad ke tiga belas, Menara Utara / Utama kekal mengkagumkan dalaupun dalam bentuk runtuhan. Dengan tingkap berhias besar, dan pendiang api besar terletak di dinding bilik tamu silam, kemudahan di sini pastinya mewah. Di bawah kamar ini, di bawah tangga berpilin, terdapat gua yang luas. Terbentuk bertahun yang lalu oleh aliran deras sungai, bukaan menakjubkan ini merupakan ciri unik dilakangan istana British. Pada satu masa ia adalah mungkin untuk sampai ke Istana kota Pembroke dari sungai melalui gua ini, dan ia pernah pada satu masa digunakan bagi menyimpan bot.
Satu sturuktur lain yang kekal utuh adalah Menara Henry, dipercayaiu tempat kelahiran Henry Tudor (kemudiannya menjadi Raja Henry VII) pada tahun 1457. Sempena meraikan kelahirannya, satu pendiang api yang cantik dihiasi dengan lambang Tudor di bina di Pembroke, sebagaimana adat semasa tempoh tersebut. Pemandangan gembira dengan cepat bertukar menjadi menakutkan apabila memasuki Menara Bilik Bawah Tanah ('Dungeon'). Ianya di sini banyak ketidak adilan berlaku dengan berulang menakutkan, dan peringatan sedih mengenai kekejaman zaman pertengahan wujud. Terletak di sudut bilik adalah ‘oubliette’ - satu lubang kecil dalam tanah di mana pesalah dimasukkan dan di biarkan untuk mati.
Berikutan cubaan Cromwell untuk membinasakan Istana kota Pembroke, ia terbiar reput tersendiri dan, sebagaimana biasa, kebanyakan batunya dikuari dan digunakan bagi membina rumah tempatan dan ladang. Ia lebih daripada 200 tahun sebelum ‘puig romantik’ diberikan peluang untuk dipulihkan. Seorang antiquarian J R Cobb, terkenal bagi hasil kerja pemulihannya sepanjang Wales, memutuskan untuk membeli istana kota ini pada tahun 1880, dan menghabiskan masa tiga tahun bagi memulihkan sebahagian Pembroke pada kecemerlangan sebelumnya. Menjelang 1928 ia sekali lagi, jatuh pada keadaan terbiar, tetapi kali ini diselamatkan oleh Jeneral Philipps. Disebabkan program pemulihannya, istana itu dengan cermat dipulihkan pada rupa asalnya.
Istana kota sentiasa merupakan tempat menakjubkan untuk dijelajah, dan Pembroke pastinya terletak tinggi di antara yang memiliki tarikan bagi semua usia. Penuh bersejarah dan perkara menarik, dengan tangga tidak terkira dan turet untuk disiasat, dan beberapa rahsia hitam untuk dibongkar. Berjalan sepanjang ramparts, dan memanjat kepuncak Menara Ibu, memberikan rasa penghargaan jelas mengenai kehebatan penguasaan kedudukan pertahanan Istana Kota Pembroke.
Galeri
-
Istana kota Pembroke dan bandar 1 Mar 1804 oleh artis dan pengukir John Laporte, 1761-1839
-
'Pembroke: sebelah barat' sekitar 1830 oleh Henry G Gastineau, 1791-1876 dan pengukir J C Varrall, fl. 1815-1827
-
'Istana kota Pembroke dan bandar ' sekitar 1835
Rujukan
Pautan luar
Koordinat: 51°40′40″N 4°55′14″W / 51.677678°N 4.920694°W / 51.677678; -4.920694