Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Itik Serati

Itik Serati
Jantan (kiri) dan betina (kanan) di Texas, AS.
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Subkelas:
Infrakelas:
Superorder:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
C. moschata
Nama binomial
Cairina moschata
(Linnaeus, 1758)
Sinonim

Anas moschata (Linnaeus, 1758)

Itik Serati atau itik surati atau itik nila; nama saintifiknya Cairina moschata ialah sejenis itik besar yang berasal dari Mexico dan Amerika Tengah serta Amerika Selatan. Itik serati adalah satu-satunya baka ternak yang bukan dibiakkan dari baka Mallard. Realitinya, itik serati bukan merupakan itik sebenar. Dari segi genetik, ia lebih menyerupai angsa berbanding itik. Ciri-ciri ketara pada itik serati termasuk mukanya yang licin dan bonggol merah yang mengelilingi mata dan paruh.

Itik Serati diternak untuk daging dan telurnya. Pembesarannya agak perlahan dan secara umumnya ia mengambil masa selama 10-11 minggu bagi mencapai berat yang sesuai untuk dijual.

Harga pasaran untuk itik yang masih hidup di Semenanjung Malaysia adalah antara RM 3.80 hingga RM 4.20 dan meningkat kepada RM 6.50 pada musim perayaan. Manakala harga itik proses adalah antara RM 6 hingga RM 9 dan meningkat sehingga RM 12 pada musim perayaan.

Nota kaki

  1. ^ BirdLife International (2009) Cairina moschata di: IUCN 2009. IUCN Red List of Threatened Species. Version 2009.2. www.iucnredlist.org Diterima pada 2010-02-15.

Rujukan

Pautan luar

Kembali kehalaman sebelumnya