Ivan Bartoš (lahir 20 Mac 1980) merupakan ahli politik dan ahhli Dewan Perwakilan Republik Czech sejak Oktober 2017. Beliau merupakan pengerusi Parti Pirate Czech.
Biografi
Ivan Bartoš dilahirkan pada 20 Mac 1980 di Jablonec nad Nisou, utara Bohemia. Beliau merupakan pelajar pengajian maklumat dan kepustakawanan di Fakulti Seni, Universiti Charles di Prague dan pernah terlibat dalam program pertukaran pelajar di Universiti New Orleans. Selepas itu, Bartoš bekerja di industri IT dan dipilih sebagai pengerusi Parti Pirate pada Oktober 2009.[1]
Bartoš telah mengetuai parti beliau dalam Pilihan raya perundangan Czech 2017 dan memenangi 22 daripada 200 kerusi dalam Dewan Perwakilan dengan 10.8% undian. [2]