Ixodes scapularis biasanya dikenali sebagai sengkenit rusa atau sengkenit berkaki hitam (tetapi sesetengah orang menggunakan istilah "sengkenit berkaki hitam" untuk Ixodes pacificus, yang dijumpai di Pinggir Laut Barat Amerika Syarikat), dan di sesetengah bahagian Amerika Syarikat sebagai sengkenit beruang.[1] Ia merupakan sengkenit (keluarga Ixodidae) berbadan keras dari Amerika Syarikat Barat Tengah timur dan utara. Ia merupakan vektor untuk beberapa penyakit haiwan, termasuk manusia (penyakit Lyme, babesiosis, anaplasmosis, dll.) dan dikenali sebagai sengkenit rusa kerana tabiatnya dalam memparasitrusa berekor putih. Ia juga diketahui memparasit mencit,[2] cicak,[3] unggas hijrah,[4] dll, terutamanya sementara sengkenit ini berada dalam peringkat larva atau nimfa.