Janji Kekasih |
---|
Genre | Drama Agama |
---|
Ditulis oleh | Sharifah Abu Salem |
---|
Pengarah | Feroz Kader |
---|
Dibintangi oleh | |
---|
Lagu pembukaan | Padamu Aku Bersujud - Afgan |
---|
Lagu penutup | Padamu Aku Bersujud - Afgan |
---|
Negara asal | Malaysia |
---|
Bahasa | Melayu |
---|
Bilangan episod | 13 |
---|
|
Penerbit eksekutif | Putri Julia Nabilah Megat Jufri Nasrullah |
---|
Penerbit | Ziela Jalil |
---|
Tempoh siaran | 38–39 minit |
---|
Syarikat penerbitan | Pena Creative Pictures |
---|
|
Saluran asal | TV3 |
---|
Siaran asal | 11 Jun 2010 – 3 September 2010 |
---|
|
Mengikuti | Aliff Firdaus |
---|
Diikuti oleh | Ahmad Durrah |
---|
Janji Kekasih merupakan siri drama televisyen Malaysia 2010 arahan Feroz Kader terbitan Pena Creative Pictures. Dibintangi oleh Jue Aziz, Fezrul Khan dan Ayu Raudhah, siri ini bersiaran di Slot Zehra TV3 dari 11 Jun 2010 sehingga 3 September 2010 menggantikan Aliff Firdaus.[1]
Sinopsis
Karina, gadis muda lincah yang dibesarkan dalam keluarga mewah dan ditatang penuh manja oleh ibunya, Marina. Apa sahaja kemahuan dan permintaan Karina, Marina akan akur. Wang ringgit bukan satu masalah kerana Marina adalah seorang pemilik butik yang berjaya dan dengan cara inilah dia dapat memastikan bahawa satu-satunya anak kesayangannya tidak ada hubungan kait dengan bapa kandungnya, Hashim.
Bosan dengan kerenah ibubapanya yang berlumba-lumba untuk memenangi hatinya, Karina mendaftar masuk ke IPT. Namun usahanya tidak mendatangkan hasil kerana sikapnya yang malas belajar dan lebih suka menghabiskan masa berseronok dan menghabiskan wang ibubapanya bersama dengan Zarul, teman lelakinya.
Kawan sebilik asrama Karina, Aliyah sering menasihati Karina untuk berubah sikap menjadi lebih bertanggungjawab dan serius dalam pelajaran. Tetapi Karina membentak dan mengatakan hanya dengan cara inilah dia bebas dari dikongkong sesiapa dan dapat melupakan masalah yang dihadapinya. Malah, Karina tergamak mengupah Aliyah untuk membuat tugasan kuliahnya walaupun tahu dilema yang dihadapi Aliyah kerana kesempitan wang.
Jiwa yang sunyi dan sentiasa gelisah ditambah rutin sosial yang sama saban hari menyedarkan Karina betapa kosongnya nilai kehidupan yang dijalani. Ketika hatinya mula terdetik memikirkan kesalahan dan dosa-dosa silam, muncul Syah, seorang pemuda yang dibesarkan dalam suasana keislaman semenjak kecil. Keluarga Syah memang menjadikan Islam sebagai landasan dan pegangan hidup mereka sekeluarga. Begitupun tidak semua anak-anak Hj Safuan menerima didikan agama yang diberikannya. Terutama Syafiqah, anak keduanya yang belajar di luar Negara. Syafiqah memakai tudung kerana takut dimarahi Haji Safuan. Ketika di luar Negara, Syafiqah menjalani kehidupan bebas dan terikut-ikut cara hidup barat.
Hati Karina berdebar-debar ketika pertama kali mendengar lagu nasyid yang didendangkan Syah sewaktu latihan untuk persembahan malam kesenian Islam, di mana Aliyah dan Sumayah adalah ahli jawatankuasanya. Mesej ketuhanan yang disampaikan Shah, benar-benar mententeramkan jiwanya dan mendorong dirinya untuk mencari jawapan kepada pergolakkan jiwa yang tidak lagi dapat dibendung. Kata Aliyah, mimpi-mimpi ngeri dan rasa takut Karina adalah amaran kepadanya untuk bertaubat.
Perkenalannya dengan Syah, semakin mendekatkan jiwanya untuk menghayati Islam. Walaupun tidak menukar penampilannnya yang rugged, Karina sudah berupaya untuk mengawal pergerakan sosial seperti menghentikan kunjungan ke disko atau kelab malam dan menghindari rokok, arak dan lumba motorsikal haram. Malah, duit yang diterima juga selalu didermakan untuk kebajikan dan mereka yang memerlukan.
Namun, tidak semua menyenangi perubahan positif diri Karina. Aliyah yang selama ini ada hati dengan Syah terpaksa mengundurkan diri dan redha apabila Syah memilih Karina. Manakala Zarul, bekas kekasih Karina pula bertindak ekstrim melanggar Syah hingga dia cedera parah.
Tempoh pemulihan Syah telah menemukan Karina dengan keluarga Syah yang tidak putus-putus memberi semangat kepadanya untuk terus mencari kebenaran dan kedamaian hati. Namun dalam angan-angan dan mimpi indahnya, Karina dikejutkan dengan pengesahan doktor yang dia diserang barah paru-paru akibat pengambilan rokok dan arak dalam usia yang masih muda. Walaupun hatinya remuk dan kecewa, Karina redha dengan nasib diri dan menganggap inilah balasan Tuhan atas kelalaian dan perbuatan masa lalunya.
Pelakon
Pelakon utama
Pelakon pembantu
Rujukan
Pautan luar