Dr. Jayabalan A/L A. Thambyappa merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang bagi DUN Batu Uban daripada parti PH-PKR. Beliau berkhidmat dalam penggal DUN Pulau Pinang ke-13 (2013-2018).
Pilihan raya
Dr. Jayabalan Thambyappa dicalonkan oleh PKR untuk mempertahankan DUN Batu Uban bagi menggantikan penyandangnya yang juga daripada PKR Raveentharan V. Subramaniam yang telah digugurkan. Beliau menang dengan memperolehi 17,017 undi dan majoriti sebanyak 9,857 undi mengalahkan calon BN dan 3 calon bebas.
Beliau walau bagaimanapun antara penyandang PKR yang digugurkan parti dalam Pilihan raya ke-14. Beliau digantikan oleh Kumaresan Aramugam. Kumaresan berjaya mengekalkan kerusi Batu Uban yang milik PKR.
Rujukan
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/04/416531/timbalan-ketua-menteri-exco-antara-digugurkan-pkr