Jean-Jacques Dessalines (Sebutan bahasa Perancis: [ʒɑ̃ ʒak dɛs.salin]; 20 September 1758 – 17 Oktober 1806) adalah pemimpin Revolusi Haiti dan pemimpin pertama negara Haiti yang merdeka di bawah naungan perlembagaan negara tersebut pada tahun 1801, lalu dianggap sebagai pengasas negara Haiti.[1]. Beliau pada awalnya bertindak sebagai gabenor jenderal, namun kemudian mengisytiharkan dirinya Maharaja Jacques I dari Haiti (1804–1806).
Dessalines pernah menjadi perwira dalam Angkatan Tentera Perancis semasa percubaan koloni Saint-Domingue mengusir serangan Sepanyol dan Britain. Beliau kemudiannya diangkat menjadi komandan dalam pemberontakan melawan Perancis. Sebagai leftenan utama Toussaint Louverture, ia berhasil memenangkan banyak pertempuran, seperti Pertempuran Crête-à-Pierrot.
Kehidupan awal
Jean-Jacques Duclos lahir dalam keluarga hamba abdi (di mana nama keluarganya diambil dari nama tuan mereka Henri Duclose) di ladang tebu Cormier berdekatan Grande-Riviere-du-Nord.[2] Jean-Jacques bekerja di ladang tersebut sehingga berusia 30 tahun di mana di adibeli seorang warga kulit hitam bebas bernama akhir Dessalines (maka dinamai sebagai Jean-Jacques Dessalines). Jean-Jacques bekerja untuk Dessalines selaam tiga tahun sehingga berlakunya suatu pemberontakan hamba yang tersebar serata Plaine du Nord pada 1791.
Penglibatan dalam revolusi
Dessalines berpaling tadah selepas Pertempuran Crête-à-Pierrot dan menyebelahi Charles Leclerc, Alexandre Pétion dan André Rigaud.
Setelah pengkhianatan dan penangkapannya terhadap Louverture pada tahun 1802, Dessalines menjadi pemimpin revolusi. Pada 18 November 1803, angkataan kulit hitam dan kacukan di bawah Dessalines dan Pétion menyerang kubu Vertières berdekatan Cap-Français di sebelah utara, barisan pertahanan kubu tersebut menyerah kalah pada keesokan harinya. Pihak Perancis menyerah kalah dan menyerahkan sisa kawasan pegangannya kepada pihak Dessalines pada 4 Disember 1803, dengan ini mengakhiri pemberontakan para hamba abdi yang berjaya ini.[3] Dessalines menulis Perisytiharan Kemerdekaan Haiti pada tahun 1804 serta turut menggelarkan dirinya sebagai maharaja negara tersebut and declared himself emperor.[4]
Beliau memerintahkan pembunuhan beramai-ramai orang-orang kulit putih di Haiti yang mengorbankan 3,000 hingga 5,000 orang antara Februari hingga April 1804.[5]
Beliau dibunuh pada tahun 1806 oleh sebahagian anggota kerajaan yang tidak berpuas hati dengannya.[6] Kumpulan pembunuh itu mencacatkan mayatnya lalu meninggalkan mayat tersebut di Dataran Pemerintah di Port-au-Prince.[7]
Catatan kaki
Pautan luar