Jersey GiantDua ekor ayam betina Jersey Giant Hitam |
Status pemuliharaan | Livestock Conservancy: Watch[1] |
---|
Negara asal | Amerika Syarikat |
---|
|
Berat | Jantan: Standard: 13 lb (5.9 kg)[2] Bantam: 38 oz (1.1 kg) |
---|
| Betina: Standard: 10 lb (4.5 kg) Bantam: 34 oz (0.96 kg) |
---|
Warna kulit | kuning |
---|
Warna telur | perang |
---|
Jenis balung | tunggal |
---|
|
APA | Amerika[3] |
---|
ABA | Balung tunggal (sisir), kaki licin |
---|
PCGB | Bulu lembut: berat[4] |
---|
Ayam Gallus gallus domesticus |
Jersey Giant adalah satu baka ayam domestik yang berasal daripada Amerika Syarikat. Ia dihasilkan di Kaunti Burlington, New Jersey, pada akhir kurun ke-19. Ayam ini merupakan baka yang besar dan antara baka ayam terberat di dunia. [5]
Sejarah
Jersey Giant telah dicipta oleh John dan Thomas Black; yang mana bertujuan untuk mengantikan ayam belanda sebagai sumber daging utama pada masa itu. Ia dihasilkan dengan mengacukkan Jawa Hitam, Langshan Hitam, dan Brahma Gelap. Jersey Giant Hitam telah dimasukkan ke dalam Standard Kesempurnaan Persatuan Unggas Amerika pada tahun 1922. Kelainan warna Putih pula ditambah pada tahun 1947, dan Biru pada tahun 2002.[3] Secara puratanya, Jersey Giant Hitam satu pound lebih berat berbanding Jersey Giant Putih. Dahulunya, ayam ini merupakan baka ayam terberat.[6] Untuk seketika, ia telah dibiakkan sebagai capon dan ayam pedaging dalam industri daging. Ia membesar lebih lambat berbanding unggas daging lain, oleh itu tidak lagi secara meluas digunakan dalam industri ini.[2]
Ciri-ciri
Sejumlah besar makanan dan masa diperlukan bagi ayam Jersey Giant untuk mencapai saiz penuhnya. Jersey Giant adalah sejenis baka yang tenang dan jinak. Ayam jantan amat jarang agresif. Ayam betina pula menghasilkan telur berwarna perang yang besar, dan merupakan ayam telur yang agak baik. Ia juga mampu bertelur baik pada musim sejuk. Baka ini juga mantap dan tahan sejuk. Bulu-bulunya berwarna biru selain hitam dan putih. Ayam betina Jersey Giant juga akan mengeram telur.[2]
Rujukan