Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Johan Tobias Sergel

Johan Tobias Sergel. Pahatan kepingan logam oleh Alexander Clemens Wetterling, 1849

Johan Tobias Hal (sebutan Sweden: [ˈsærÉ¡É›l];[1] 7 September 1740 di Stockholm – 26 Februari 1814 di Stockholm) adalah seorang pemahat arca neoklasik Sweden. Sergels torg, dataran bandar yang terbesar yang terletak di tengah-tengah Stockholm dan berhampiran dengan bengkelnya telah dinamakan bersempena nama beliau.[2]

Pahatan paras dada Sergel untuk ratu Sophia Magdalena dari Denmark, 1783

Johan Tobias Sergel telah dilahirkan di Stockholm pada tahun 1740. Beliau merupakan anak juruhias, Christoffer Sergel dan Elisabet (nee Swyrner), dan juga merupakan abang kepada juruhias, Anna Brita Hal. Guru pertama Johan ialah Pierre Hubert Larchevêsque.[3] Setelah belajar di Paris, beliau berhijrah pula ke Rom.[4] Beliau telah menetap di Rom selama dua belas tahun dan telah mengukir sejumlah arca batu marmar. Selain daripada arca batu marmar yang tertumpu kepada mitologi klasik seperti Diomedes Mencuri Palladium, yang telah beliau jual kepada pengumpul hobi berbangsa British, Thomas Munsell Talbot, pada tahun 1772, Johan juga turut memahat sebuah arca gergasi yang mewakili Rakaman Pemikir Sejarah tentang Perbuatan Gustavus Adolfus, yang menggambarkan pencapaian Raja Gustav II Adolf di hadapan Kanselor, Axel Oxenstierna. Ketika di Rom juga beliau turut memahatkan patung Raja Gustav III yang kemudiannya dilebur menjadi gangsa dan dibeli oleh kota Stockholm pada tahun 1796. Walaupun Johan seorang pemahat arca, beliau (yang diilhamkan oleh pengkarya seni berbangsa Inggeris seperti Thomas Rowlandson) juga telah melukis cereka gambar berurutan yang merupakan bentuk jaluran komik yang terawal.[4]

Potret penggubah lagu dan pementas drama Carl Michael Bellman, 1792

Apabila beliau dititahkan untuk menghadap raja Gustav III, Sergel telah kembali ke Stockholm pada tahun 1779 dan meneruskan pekerjaan memahat batu di sana. Antara monumen-monumen yang telah dipahat Johan pada ketika ini adalah sebuah makam untuk Gustav Vasa, sebuah monumen mengabadikan Descartes, dan arca gergasi untuk gereja St. Clarens, yang menggambarkan Kebangkitan Isa. Beliau juga turut berperanan penting sebagai orang kenamaan dalam bidang kesenian di Stockholm, dan telah melukis potret pendendang lagu Sweden Carl Michael Bellman. Beliau juga mempunyai hubungan dengan pelakon pujaan ramai Fredrique Löwen dan mungkin telah menjadi bapa kepada anak-anak pelakon tersebut. Johan telah meninggal dunia di kota asalnya pada 26 Februari 1814.[4]

Karya dan hasil kesenian

Antara hasil karya kesenian Johan yang kini ditempatkan di Nationalmuseum di Blasieholmen, yang terletak di pusat Stockholm adalah arca termasyur beliau iaitu "Diomedes Mencuri Palladium", "Rakaman Pemikir Sejarah tentang Perbuatan Gustavus Adolfus", dan "Patung paras dada raja Gustavus III".[3]

Rujukan

  1. ^
  2. ^ Hall, Thomas (1999). Huvudstad i omvandling – Stockholms planering och utbyggnad under 700 Ã¥r (dalam bahasa Swedish). Stockholm: Sveriges Radios förlag. m/s. 181–186. ISBN 91-522-1810-4.CS1 maint: unrecognized language (link)
  3. ^ a b
    Antarabangsa Baru Ensiklopedia, Tahun 1905
  4. ^ a b c
    Chisholm, 1911

Sumber

Pengiktirafan

Pautan luar

Kembali kehalaman sebelumnya