José Francisco de San Martín y Matorras[1] (25 Februari 1778-17 Ogos 1850)[2] ialah seorang pakar tentera dan negarawan yang paling berpengaruh dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan Argentina, Chile dan Peru sehingga beliau mendapat jolokan "El Libertador", atau "Si Pembebas".
Biografi
Awal hidup dan pendidikan
José Francisco lahir pada 25 Februari 1778 di sebuah kediaman mubaligh Yesuit di Yapeyú, di pesisiran sungai Uruguay dalam Pentadbiran Misi Guaraní, Kewizuraian Río de la Plata (kini di wilayah Corrientes, Argentina).[3] Beliau anak bongsu kepada lima adik-beradik - 3 orang lelaki (Manuel Tadeo, Juan Fermín dan Justo Rufino) dan seorang perempuan yang sulung (María Elena). Ketika José berusia tiga tahun, keluarganya dipindahkan ke Buenos Aires. Dari sana mereka berlayar ke Sepanyol di mana mereka singgah seketika di Cádiz pada 6 Disember 1783 sebelum menaiki kapal frigat Santa Balbina, di mana ayahnya membawa mereka semua ke Málaga.[4]
José memulakan pengajiannya di Real Seminario de Nobles de Madrid dan di Sekolah Peralihan Malaga pada tahun 1786; di sekolah-sekolah inilah beliau belajar bahasa-bahasa Castilla, Latin, Perancis dan Jerman, seni-seni tarian, lukisan, puisi dan berlawan pedang, retorik, matematik, sejarah dan geografi.[5] Keempat adik-beradik San Martin sendiri melanjutkan pelajaran sebagai pegawai tentera lalu mereka tidak sering berhubungan kecuali José yang sering bertanyakan khabar mereka semua dan kakak María Elena.
Kerjaya ketenteraan di Eropah, pemalingan tadah
Beliau memulakan kerjayanya dalam tentera Sepanyol sebagai seorang kadet dalam Rejimen Murcia pada 21 Julai 1789 semasa Revolusi Perancis.[4] Beliau dinaikkan pangkat kepada seorang kapten pada 2 November 1804.[6]
Pada 25 Mei 1810, suatu revolusi hebat berlaku di Buenos Aires yang menyebabkan penggulingan wizuraiRío de la Plata serta diambil alih oleh suatu pemerintah republlik baharu. Kejadian yang membawa kepada kemerdekaan kawasan ini ini mendorong sejumlah pegawai-pegawai Amerika Selatan mula meragui semangat taat setia mereka kepada kerajaan Sepanyol lalu mereka mula berpaling tadah dan lebih menyebelahi tanah air mereka, termasuk José sendiri.[7] Oleh itu, José meletakkan jawatan tenteranya pada 6 September 1811. José mendapatkan pasportnya untuk bertolak ke London; beliau menetap di Kota Westminster pada 14 September tahun sama.[4] Di sana beliau dengan beberapa kenalan lain mula menaruh minat terhadap pergerakan mendokong kemerdekaan Amerika Selatan yang ditaja Francisco de Miranda, Ketua Agung Venezuela.
Hanya sahaja José yang kembali ke benua Amerika setelah menghabisi pengajiannya sambil abang-abangnya yang lain memasuki jawatan mereka di Sepanyol.[8]> Beliau menaiki kapal George Canning di London yang berlepas pada 12 Januari 1812 sebelum tiba di pelabuhan Buenos Aires pada 9 Mac tahun sama.[4][9]
Di Argentina - pendakian hebat merentasi banjaran Andes
Beliau dan para askar Tentera Andes merancang suatu pergerakan hebat di mana mereka pergi mendaki banjaran gunung Andes yang sangat tinggi secara sembunyi dan memudahkan mereka menyelinap masuk kawasan Chile agar tidak mudah dikesan kerajaan Sepanyol. Setlah persediaan giat dilakukan, kumpulan San Martin memulakan pendakian mereka pada Januari 1817.
Di Chile - perang Chacabuco, pengisytiharan kemerdekaan di sana
Apabila Tentera Andes semakin mendekati Santiago, kemaraan mereka dihalang suatu kompeni pecahan Sepanyol seramai 1,500 orang di sebuah bukit yang berdekatan kota ini bernama bukit Chacabuco[10] - pasukan utama sepanyol lain berpisah dan bergerak ke arah utara bagi mengelakkan daripada bertemu pasukan San Martín.
Pertempiuran ini bermula pada 12 Februari. Kerjasama antara pasukan-pasukan Soler dan O'Higgins memebantu menewaskan pihak royalis dengan giatnya dengan 600 askar royalis ditahan sementara 500 askar lain ditahan, manakala hanya 12 orang askar terkorban dan 120 orang askar Andes cedera.[11][12] Tentera Andes tiba di Santiago de Chile dengan jayanya pada keesokan harinya.[13]
Pasukan Andes disambut meriah di Santiago. Tiga wakil dari Coquimbo, Santiago dan Concepción segera merangka suatu pemerintah baharu dengan usulan bahawa San Martín dijadikan Pengarah Agung Chile; namun San Martín menolak kerana beralasan latar belakangnya bukan dalam kalangan warga Chile, maka San Martín memeilih Bernardo O'Higgins sebaai ganti. Jose sendiri mahu merancang meebentuk suatu tentera laut meneruskan kemaraan mereka ke pusat kerajaan Sepanyol di Peru.[14]
Di Peru - ekspedisi, Sidang Guayaquil
Pada 26 dan 27 Julai 1822, beliau mengadakan suatu pertemuan sulit dengan Simón Bolívar di Guayaquil, Ecuador di mana mereka membincangkan nasib Peru sebagai yang turut bisa menjejaskan keadaan di Amerika Selatan.[15] Beliau dan Simón tidak dapat sebulat suara mengenai langkah yang diperlukan untuk menguruskan kawasan yang sudah ditawan ini: San Martín lebih mahukan ia ditadbir seakan suatu empayar dengan seorang keturunan Eropah dilantik sebagai "Raja Peru" manakala Bolívar mahukan pembentukan beberapa republik segabungan menggantikan kerajaan-kerajaan naungan ini.
Persaraan dan senja hidup
Jose setelah bersara mahu berehat di Cuyo, namun hasratnya tergangggu dengan bergolaknya perang saudara antara dua pihak penting di Argentina: puak unitarian mahukan Argentina ditadbir sebagai suatu negara kesatuan yang berpusat di Buenos Aires, dan puak federalis yang lebih mahukan Argentina ditadbir dalam suatu persekutuan wilayah. San Martín sendiri mempunyai hubungan dengan puak caudillo yang lebibh menyokong kepersekutuanan namun cuba bertindak berkecuali semampu yang boleh saat keadaan negara Argentina dalam keadaan penuh tegang.
Setelah isteri José, María de los Remedios de Escalada, meninggal dunia pada 1823, beliau kembali ke Buenos Aires untuk menjemput anak perempuannya Mercedes Tomasa yang hidup bersama keluarga María di sana; mereka kemudiannya berlayar ke Eropah.[16] Setibanya anak-beranak ini di benua Eropah, José pada mulanya mahu menetap di Perancis, namun beliau berpindah-randah ke Britain dan Brussels.
Apabila ibukota Paris bergolak dalam suatu revolusi pada tahun 1848, San Martin meninggalkan kota tersebut dan menetap di bandar Boulogne-sur-Mer, di utara Perancis. Beliau sering berutus surat untuk mengetahui khabar semasa di benua Amerika Selatan walaupun penglihatan dan kesihatan badan beliau sendiri semakin lemah dimamah usia. Beliau meninggal dunia pada 17 Ogos 1850 jam 3 petang.[17]
Pengebumian
Mayatnya diminta dibawa ke tanah perkuburan Basilica Notre-Dame de Boulogne tanpa sebarang majlis antara tahun-tahun 1850 dan 1861 agar mayatnya dirancang dapat dihantarkan ke Buenos Aires setelah beberapa lama kemudian, namun pemberontakan oleh Justo José de Urquiza tahun 1851, Pertempuran Caseros serta pemisahan Buenos Aires daripada gabungan Argentina menyukarkan rancangan ini sehingga dipaksa ditunda.
Mayat beliau akhirnya dibawa kembali pada 29 Mei 1880 semasa zaman pemerintahan Presiden Nicolás Avellaneda. Makam ini diletakkan dalam Catedral Metropolitana de Buenos Aires, namun tidaklah dalam pusat gereja tetapi dalam suatu kawasan binaan tambahan kerana beliau disyaki berada dalam pergerakan Freemason pada ketika itu.[18]
^Espejo, Gerónimo (1882). C. Casavalle (penyunting). El paso de las Andes: Crónica histórica de las operaciones del ejército de los Andes, para la restauración de Chile en 1817 (dalam bahasa Sepanyol). m/s. 13.
^Horowicz, Alejandro (2004). El país que estalló. I. Sudamericana.
Lynch, John. San Martin: Argentine Soldier, American Hero
Lynch, John. The Spanish American Revolutions 1808–1826 (1986, edisi kedua)
Abad de Santillán, Diego (1965). Historia Argentina (dalam bahasa Sepanyol). Buenos Aires: TEA (Tipográfica Editora Argentina).CS1 maint: ref=harv (link)
Camogli, Pablo; de Privitellio, Luciano (2005). (dalam bahasa Sepanyol). Buenos Aires: Aguilar. ISBN978-987-04-0105-6. Missing or empty |title= (bantuan)CS1 maint: ref=harv (link)
Mayochi, Enrique Mario. "San Martín visto por los artistas" (dalam bahasa Sepanyol). Insitut Nacional San Martín. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Jun 2012. Dicapai pada 14 Julai 2012. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)CS1 maint: ref duplicates default (link)
Bacaan lanjut
Documentos para la historia del Libertador General San Martín [Documents for the history of Liberator General San Martín] (dalam bahasa Sepanyol). Buenos Aires: Instituto Nacional Sanmartiniano and Museo Histórico Nacional. 1953.
Dellepiane, Carlos (1965). Historia militar del Perú (dalam bahasa Sepanyol). Buenos Aires: Círculo Militar.
Espíndola, Adolfo (1962). San Martín en el Ejército Español en la península (dalam bahasa Sepanyol). Buenos Aires: Comisión Nacional Ejecutiva del 150 Aniversario de la Revolución de Mayo.