KM/J merupakan sebuah program televisyen terbitan RTM di RTM1. Program ini berkonsepkan majalah berpendidikan yang memaparkan kes-kes kemalangan yang menyentuh hati dan berupaya mendidik penonton. Sebelum sesuatu kes kemalangan jalan raya ngeri dipaparkan misalnya, terlebih dahulu, dibuat analisis secara terperinci. Ini dilakukan bagi menyedarkan pengguna jalan raya bahawa tragedi yang berlaku boleh menyebabkan gangguan emosi yang teruk seperti trauma.
Pengaca rancangan ini adalah Kamal Efendi Hashim dan penerbitnya ialah Murad Shafie.