Karupuak jariang atau keropok jering merupakan keropok khas Minangkabau yang berbahan asas jering.[1] Makanan ini mempunyai rasa yang sedap dan rangup yang boleh dinikmati bersama soto ataupun nasi hangat.[2]
Karupuak jariang biasanya dimakan sebagai makanan tambahan ketika makan supaya bertambah nikmat jika karupuak jariang ditambah dengan sambal cili atau disiram kuah cubadak.[3]
Penyediaan
Pertama-tama, jering direbus sampai kulit jering terpisah dari isinya. Seterusnya, jering ditumbuk halus dan dijemurkan dibawah terik matahari untuk proses pengeringan makanan hinggalah kering. Selepas dikeringkan, jering digoreng celur dan sedia untuk dimakan.[1] Sebagai penambah rasa, boleh ditambah garam atau serbuk cili sebagai perisa.[4]
Rujukan