Kausea Natano (lahir 5 Julai 1957[1]) adalah ahli politik Tuvalu yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri negara tersebut sejak 19 September 2019. Beliau juga adalah Ahli Parlimen Funafuti, pernah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Komunikasi dalam Kabinet Willy Telavi.[2]