Kufah (الكوفة) merupakan sebuah bandar di Iraq. Ia terletak 10 km di timur laut Najaf dan 170 km di selatan Baghdad. Dianggarkan bandar ini mempunyai seramai 110,000 penduduk pada 2003.
Bersama-sama dengan Karbala dan Najaf, Kufah merupakan salah satu daripada bandar-bandar terpenting di Iraq dalam golongan Syiah. Di era Khalifah Saidina Ali, pusat pentabiran dipindahkan dari Madinah Al-Munawarah ke Kufah. Di sinilah Saidina Ali wafat dari tetakan pedang Ibnu Muljam. Makam Saidina Ali bin Abi Talib pula berada di Najaf.
Templat:Tunas-Iraq