Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

L-Innu Malti

L-Innu Malti
The Maltese Anthem

National anthem  Malta
LirikDun Karm Psaila, 1922
MuzikRobert Samut, 1922
Diguna pakai1964
Sampel audio
L-Innu Malti (Instrumental)

L-Innu Malti adalah lagu kebangsaan negara Malta. Seni kata ini telah dikarang Dun Karm Psaila, seorang penyajak yang dianggap adisasterawan negara tersebut manakala muziknya digubah Robert Samut. Lagu tersebut dimainkan kali pertama pada 3 Februari 1923.[1][2][3]

Ia diumumkan sebagai suatu lagu kebangsaan oleh pemerintah negara Malta pada tahun 1945, pernyataan tersebut dimatubkan dalam Perlembagaan Kemerdekaan 1964 (The 1964 Independence Constitution).[4][5]

Sejarah penukilan

Seni kata lagu ini dikarang dalam bentuk doa kepada Tuhan. Robert Samut mengarang irama lagu ini seringkasnya agar memudahkan pelajar-pelajar sekolah menyanyikannya, atas cadangan abang iparnya yang juga Pengarah Pendidikan Rendah pada ketika itu.[2][6]

Lirik

Nukilan Dun Karm Psaila[1][2]

Lil din l-art ħelwa, l-Omm li tatna isimha,
Ħares, Mulej, kif dejjem Int ħarist:
Ftakar li lilha bl-oħla dawl libbist.

Agħti, kbir Alla, id-dehen lil min jaħkimha,
Rodd il-ħniena lis-sid, saħħa 'l-ħaddiem:
Seddaq il-għaqda fil-Maltin u s-sliem.

Terjemahan lirik

Tanah manis, Ibu pertiwi yang memberi kami namanya,
Peliharailah, Tuhan, sebagaimana yang Engkau telah selamanya peliharakan:
Ingatlah: kepadanya cahaya telah Engkau pakaikan.

Kurniakan, ya Tuhan, kebijaksanaan kepada yang memerintah,
Kembalikan belas kasihan kepada sang tuan, kesihatan kepada sang pekerja,
Benarkan ikatan [kesatuan] dan kedamaian dalam [kalangan] orang Malta.

Lirik nukilan René Micallef

Guard, Lord, forever, as you've done erst and ceasing never,
This land whose name we received, our motherly-named Mother.
Her you have draped with a light whose grace exceeds all other.

On those who govern, sovereign God, bestow understanding,
Grant wellness to those who work, largesse to those employing,
Make firm, make just all our bonds, the peace we are enjoying.

Terjemahan lirik Micallef

Peliharalah, Ya Tuhan, sepertilah yang pernah dan selamanya dilakukan,
Tanah ini yang namanya diberi, Bunda kami,
Dia telah kamu limpahi dengan cahaya rahmat mengatasi segalanya.

Kepada yang memerintah, Ya Tuhan, Engkau kurniakanlah kefahaman,
Kurniakan kesihatan kepada yang bekerja, kurniakan kemurahan kepada yang menggaji,
Utuhkan dan adilkan segala hubungan kita, [dan] kedamaian yang kami nikmati.

Lirik nukilan May Butcher[2]

O Little Island, Lord, as ever Thou hast guarded!
This Motherland so dear whose name we bear!
Keep her in mind, whom Thou hast made so fair!

May he who rules, for wisdom be regarded!
In master mercy, strength in man increase!
Confirm us all, in unity and peace!

Terjemahan lirik Butcher

Pulau ini, sepertimana yang Engkau peliharakan, Ya Tuhan,
Tanah air ini yang disayangi dan namanya kami junjung!
Peliharalah ia yang Engkau telah berkati!

Semoga yang memerintah diberikan kebijaksanaan!
Semoga yang mengetuai diberi belas kasihan, semoga yang jelata diberi kekuatan,
Utuhkanlah perpaduan dan kedamaian dalam kami semua!

Rujukan

  1. ^ a b "Malta: 'L-Innu Malti". Nationalanthems.me.
  2. ^ a b c d A song for the nation: what is the meaning behind the Maltese national anthem?. Drury, Melanie. GuideMeMalta.com. Retrieved 31 May 2020.
  3. ^ Global and Local Football: Politics and Europeanization on the Fringes of the EU. Gary Armstrong, Jon P. Mitchell.
  4. ^ "Kostituzzjoni ta' Malta (1964), art. 4". Legal Malta.
  5. ^ "CONSTITUTION OF MALTA - ARRANGEMENT OF ARTICLES". Legislation Malta. Dicapai pada 14 Jun 2020.
  6. ^ Popp, Reinhard. "Innu Malti, die Nationalhymne der Republik Malta" (dalam bahasa Jerman). Diarkibkan daripada yang asal pada 5 Julai 2008.

Pautan luar

Kembali kehalaman sebelumnya