Laga |
---|
Pengarah | Ismail Yaacob |
---|
Dibintangi | |
---|
Syarikat penerbitan | Business Leader Film Production |
---|
Tarikh tayangan |
- 23 Januari 2014 (2014-01-23) (Malaysia)
|
---|
Masa tayangan | 1 Jam 30 Minit |
---|
Negara | Malaysia |
---|
Bahasa | Melayu |
---|
Laga merupakan sebuah filem jenayah yang diarahkan oleh Ismail Yaacob dan dibintangi oleh Wan Hanafi Su, Marsha Milan Londoh, Syazwan Zulkifly dan pelakon berasal Indonesia iaitu Tyas Mirasih. Filem ini merupakan sebuah filem bercorak Jenayah. Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 23 Januari 2014.
Filem ini mula ditayangkan pada 23 Januari 2014 dan penerbitannya diuruskan oleh Business Leader Film Production. Filem ini ditayangkan menggunakan bahasa Melayu. Filem ini adalah remake tidak rasmi film Aadukalam.
Sinopsis
Berlatarkan sebuah perkampungan, LAGA menyingkap kisah dan maruah seorang lelaki Hassan Laga (Wan Hanafi Su) yang di perakui kehebatannya melahirkan anak didik dalam pertandingan sabung ayam yang tiada tolok banding. Selama lima tahun, musuh ketat Hassan Laga iaitu Orang Kaya Dasuki (Nasir Bilal Khan) tidak pernah dapat menundukkannya di medan sabung. Tanpa dijangka, pada satu hari dalam satu pertarungan di medan sabung, Orang Kaya Dasuki berpeluang mencabar ketokohan dan mencalar maruah Hassan angkara rencana paling licik. Dalam pertarungan maruah itu, Ayu (Marsha Milan Londoh) isteri Hassan Laga yang muda jelita menjadi cagaran. Bagaimanapun, situasi meruncing apabila helah kotor Orang Kaya Dasuki berjaya dihidu dan dipatahkan anak didik Hassan yang paling berbakat, Sabri (Syazwan Zulkifly).
Maruah Hassan diselamatkan tetapi kejadian itu membuka kepada konflik lain. Kecekapan Sabri sebenarnya memberi petanda buruk yang sekaligus membawa ancaman besar kepada tokoh laga itu. Perhatian dan sanjungan masyarakat mula beralih arah daripada si guru kepada si murid. Konflik makin kusut apabila dalam diam, Ayu mulai jatuh cinta pada Sabri. Bagai singa tua yang cedera, Hassan Laga mengagahkan diri untuk bangkit dengan satu rancangan terakhir demi mengembalikan maruah dan kelakiannya iaitu dengan melaga-lagakan pengikutnya sendiri.
Hassan telah menipu Sabri dengan mengatakan wang hasil kemenangan judi yang dimenangi mereka berdua telah dirompak oleh orang yang tidak dikenali. Seman (Eman Manan) pula yang tidak senang dan cemburu dengan Sabri, telah mencabar Sabri untuk berlaga ayam dengannya. Hassan kemudian telah membunuh ayam-ayam Seman, dengan niat supaya Seman beranggapan Sabri yang telah membunuh ayam-ayam tersebut. Taktik Hassan kemudiannya terbongkar apabila Hassan cuba mempengaruhi Maya (Tyas Mirasih), kenalan wanita Sabri dengan memberitahu Maya bahawa Sabri menyukai Ayu. Maya kemudian memberi amaran kepada Sabri kerana Hassan telah memberitahu Maya bahawa isteri Hassan, Ayu mempunyai hubungan sulit dengan Sabri. Semasa pertarungan dengan Seman, Seman menyoal Sabri mengapa Sabri ingin berjumpanya sambil membawa kerambit. Sabri mula menyedari amaran Ayu tersebut adalah benar kerana hanya Hassan seorang yang mengetahui bahawa Sabri pada mulanya membawa kerambit sebelum dia membuang kerambit tersebut ke tepi jalan sebelum berjumpa dengan Seman.
Sabri kemudiannya berdepan dengan Hassan sambil bertanya mengapa Hassan tergamak melaga-lagakan Sabri dengan orang lain. Hassan yang tidak mampu menjawab soalan itu telah bertumbuk dengan Sabri. Hassan akhirnya tersilap langkah dan tertikam lehernya sendiri semasa pergaduhan dengan Sabri. Sabri dan Maya kemudiannya membawa diri meninggalkan kampung tersebut. Seman dan pengikut-pengikut Hassan yang lain kemudiannya menjumpai mayat Hassan, bersama wang haram hasil judi laga ayam yang telah ditipu dan disorokkan olehnya. Seman berasa kesal, sedih dan insaf kerana sedar bahawa dia dan mereka yang lain telah tertipu dengan Hassan yang melaga-lagakan pengikutnya.
Pelakon
Penerbitan
Filem Laga ini dihasilkan oleh Business Leader Film Production.
Keluaran dan sambutan
Filem ini dikelaskan sebagai 18 , untuk 18 tahun ke atas sahaja. (Unsur-unsur ganas, seram, seks, politik, agama dan kebudayaan)
Ulasan
Filem ini dikritik kerana menampilkan adegan ranjang, sehinggakan adegan tersebut terpaksa disunting semula atas nasihat Lembaga Penapisan Filem (LPF).[1]
Runut bunyi
Anugerah
Rujukan
Pautan luar