Jalan ini dibina pada zaman British sekitar tahun 1920-an. Pada Julai 2014, jalan ini digazetkan dari Laluan Persekutuan Malaysia 51 kepada Laluan Persekutuan Malaysia 361. Kod Laluan Persekutuan 51 telah diberikan kepada jalan raya baharu Seremban-Kuala Pilah.
Ciri-ciri
Jalan Lama Bukit Putus mempunyai sebanyak 32 selekoh yang tajam.[2] Ia juga mempunyai jalan yang sempit dan tiada kemudahan elektrik seperti lampu jalan yang menyebabkan jalan ini gelap sepanjang malam.[2] Jalan Lama Bukit Putus dikelilingi dengan hutan dan bergaung yang dikatakan "keras" oleh pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut.[2]