Langit Petang |
---|
Pengarah | Shahrom Mohd Dom |
---|
Penulis | Datuk Syed Kechik Jaffar Abdullah |
---|
Dihasilkan oleh | Syed Kechik Film Productions |
---|
Dibintangi | Dharma Harun Al Rashid Azean Irdawaty |
---|
Diedarkan oleh | Syed Kechik Film Productions |
---|
Tarikh tayangan |
- 5 Februari 1982 (1982-02-05) (Malaysia)
|
---|
Masa tayangan | 110 mins |
---|
Negara | Malaysia |
---|
Bahasa | Melayu |
---|
Pecah panggung | RM 278,633.06 |
---|
Langit Petang merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan dan ditayangkan di Malaysia pada 1982 dan menampilkan Dharma Harun Al Rashid dan Azean Irdawaty. Filem ini telah merangkul pencapaian Pelakon Wanita Terbaik dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik bagi Azean Irdawaty dan Mahmud Jun di Festival Filem Malaysia ke-3.
Plot
Pak Arif merupakan pemilik tanah pusaka di kampungnya. Hashim, seorang yang kaya ingin membeli semua tanah milik petani agar dapat membina projek perumahan baharu. Dia sanggup membayar penyangak untuk merosakkan tanah-tanah tersebut agar pemiliknya berhutang dengan Hashim supaya dia dapat menggunakan cagaran tanah mereka untuk memusnahkannya.
Kisah Pak Arif sedang ditulis sebagai rencana oleh Hafiz, seorang wartawan bebas untuk surat khabar tempatan dan juga merupakan penulis novel. Dia berkawan dan bercinta dengan Ruby, seorang penari kelab. Hafiz berjaya menyelamatkannya daripada orang yang miang tetapi tercedera akibat daripada tindakannya. Pada hari jadi Ruby, dia memberitahunya bahawa dia tidak dapat bercinta lagi dengannya kerana ingin mengembara. Kebenarannya adalah bahawa Hafiz sedang menghidap penyakit yang tidak dapat disembuhkan.
Hafiz membawa diri ke Alor Setar, iaitu lokasi rumah Pak Arif. Satu hari ketika sedang mengerjakan tanah Pak Arif, dia menemui kawat besi dan sempat menghentikan Pak Arif sebelum mesinnya rosak. Hashim telah berkomplot untuk memusnahkan jenteranya agar berhutang kepadanya menggunakan strategi di atas. Hafiz dapat tahu bahawa Ruby sebenarnya anak saudara kepada isteri Pak Arif dan bahawa nama sebenarnya ialah Zakiah. Dia menelefon kawan Ruby dan menemuinya di Pulau Pinang.
Oleh sebab marah, anak buah Pak Arif iaitu Abang Darus bertindak membakar kilang Hashim. Ini menyebabkan Hashim membawa orang kampung berhadapan dengan Pak Arif. Dia menghasut orang kampung untuk berpaling tadah kepada Pak Arif. Hasutan ini berhasil sampai tanah dibalingkan ke arah Pak Arif. Ruby yang baru tiba melihat Hashim dan mengecamnya sebagai orang yang telah memperkosakannya dahulu. Dia cuba menyerang Hashim tetapi Hashim berjaya meyakinkan orang kampung tentang kesuciannya. Ruby lari lagi kerana mempercayai telah terpedaya lagi oleh Hafiz yang telah ditumbuk ketika mahu mempertahankan Ruby.
Malam itu, Darus mengetuai gerombolan untuk menangkap Hashim dan membakarnya hidup-hidup dalam rumah pondoknya. Rancangan ini berjaya namun menyebabkan Hafiz rebah dan dimasukkan ke dalam hospital. Darus berjaya menemui Zakiah dan memberitahunya tentang keadaan Hafiz. Zakiah lari pulang ke kampungnya tetapi terlewat kerana Hafiz telahpun meninggal dunia dan dikebumikan. Pak Arif memberitahunya bahawa Hafiz telah menamakan Zakiah untuk menerima hasil pungutan novel keluarannya. Abang Darus ditangkap dan berhadapan dengan keadilan.
Pelakon
- Dharma Harun Al Rashid sebagai Hafiz, Seorang wartawan muda yang ingin jadi novelis walaupun menghidap barah otak dan teman lelaki Zakiah/Ruby
- Azean Irdawaty sebagai Ruby/Zakiah
- Mahmud Jun sebagai Pak Arif, Bekas pejuang pra Kemerdekaan yang mempertahankan tanahnya daripada Hashim
- Sidek Hussain sebagai Hashim
- Man Kadir sebagai Mat Ekor
- Shamsi sebagai Bang Darus
- Shasha sebagai Maimun
- Omar Suwita sebagai Abang Ros
Penerbitan
Filem ini adalah pertama kali adaptasi novel judul sama nukilan A. Samad Said pada tahun sebelumnya. Dan mendapat pujian oleh pengkaji sastera serta Dewan Bahasa Pustaka ketika itu serta menjadi rujukan hingga hari ini.Pada 2022 aplikasi SIAR menyangkan semula filem ini melalui aplikasi itu dan siaran di UNIFI TV
Lokasi penggambaran dibuat di sekitar Alor Setar dan Yan, Kedah.
Pencapaian
- Azean Irdawaty, Pelakon Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-3
- Mahmud Jun, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Festival Filem Malaysia ke-3
Lagu tema
Lagu judul sama dipopularkan oleh Broery Marantika telah dinyanyikan semula oleh Azlina Aziz, lirik dan gubahan oleh Ahmad Nawab (kini Dato Tan Sri Dr)
Lihat juga
Pautan luar