Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Laut Kuning

Koordinat: 35°0′N 123°0′E / 35.000°N 123.000°E / 35.000; 123.000

Laut Kuning
Laut Kuning/Laut Barat, menunjukan negara di sekelilingnya.
Nama Bahasa Cina
Bahasa Cina黄海
Maksud harfiahLaut Kuning
Korean name
Hangul[황해 atau 서해] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)
Hanja[黄海 atau 西海] Error: {{Lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)
Literal meaningLaut Kuning atau Laut Barat

Laut Kuning (di Korea Utara dan Korea Selatan, laut ini kadang kala dipanggil sebagai Laut Barat (서해)) adalah satu nama yang diberikan kepada bahagian utara Laut China Timur, yang mana merupakan sebuah laut kecil di Lautan Pasifik. Ia terletak di antara Tanah Besar China dan Semenanjung Korea. Namanya berasal dari partikel pasir dari ribut pasir Gurun Gobi yang menukarkan permukaan air laut kepada warna kuning semasa musim panas dan boleh dilihat semasa berlayar atau terbang ke barat.

Teluk paling ke dalam di Laut Kuning dikenali sebagai Laut Bohai (dahulunya adalah Teluk Pechihli atau Teluk Chihli). Kedua-dua aliran Sungai Kuning (melalui wilayah Shandong dan ibukotanya Jinan) dan Hai He (melalui Beijing dan Tianjin) berakhir di sini.

Laut Kuning merupakan satu daripada empat nama yang dinamakan di dalam bahasa Inggeris sempena istilah warna biasa— nama-nama lain adalah Laut Hitam, Laut Merah dan Laut Putih.

Rujukan

Pautan luar

Kembali kehalaman sebelumnya