Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Lebuhraya Cheras–Kajang

Lebuhraya E7
Lebuhraya Cheras–Kajang
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Grand Saga Sdn Bhd
Panjang11.5 km (7.1 mi)
Wujud1998–kini
SejarahSiap pada tahun 1999
Simpang utama
Hujung utaraPlaza Phoenix di Jalan Cheras, Kuala Lumpur
Lokasi
Destinasi
utama
Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Cheras, Kajang, Semenyih, Seremban
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Lebuhraya Cheras-Kajang E7, juga dikenali sebagai 'Lebuhraya Grand Saga' menghubungkan Kuala Lumpur ke Kajang, Selangor Darul Ehsan dan telah siap pada tahun 1999. Dengan siapnya lebih raya ini, masalah kesesakan yang kronik di Jalan Cheras dapat diatasi. Sebelum itu kesesakan selalu berlalu kesesakan lalu lintas pada waktu puncak iaitu waktu pergi ke pejabat ( 7.00 pagi - 10.00 pagi) dan balik dari pejabat (4.30 petang - 7.00 malam).

Lebuh raya ini dibina oleh sebuah syarikat swasta yang dilantik oleh kerajaan melalui dasar penswastaan pada tahun 1995. Ketika itu dasar penswastaan negara dapat menyelesaikan banyak masalah kewangan negara. Kerajaan memberi tempoh konsesi untuk puluhan tahun bagi syarikat itu mengutip tol daripada pengguna.

Syarikat Grand Saga Sdn Bhd dipertanggungjawabkan untuk menaikkan taraf jalan raya sedia, melebar dan menambah jambatan dan persimpangan bertingkat.

Proses mengambil tanah dengan kuasa-kuasa tertentu daripada tuan-tuan tanah dan bangunan-bangunan yang perlu diberi pampasan mengikut nilai semasa.

Antara jalan yang diperbesarkan ialah:

Jajaran projek ini bermula dari Persimpangan Taman Connought berhampiran Plaza Phoenix, Cheras dan berakhir di Persimpangan Bertingkat Saujana Impian, Kajang dengan jarak sejauh 11.7 km.

Pembinaan projek ini melibatkan kerja-kerja pelebaran dari 2 lorong 2 hala kepada 4 lorong 2 hala dan beroperasi secara sistem tol terbuka dengan dua plaza tol di sepanjang lebuh raya ini.

Sebanyak 7 persimpangan bertingkat telah dibina di sepanjang lebuh raya ini, iaitu :-

Lihat juga

Kembali kehalaman sebelumnya