Bahagian Urus Setia Lembaga Parol, Kementerian Dalam Negeri diwujudkan pada tahun 2008 selaras dengan Akta Penjara (Pindaan) 2008. Bahagian ini bertanggungjawab sebagai urus setia kepada Lembaga Parol yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.
Info Korporat
Visi
Ke arah Kejayaan Sistem Parol di Malaysia
Misi
Memastikan Pertimbangan dan Keputusan Lembaga Parol Dikemukakan Secara Bertulis dan Dilaksanakan Secara Efektif
Fungsi
Selaras dengan Seksyen 46C (1) Akta Penjara (Pindaan) 2008, sesuatu Lembaga Parol diperuntukkan seperti yang berikut:
- Membuat keputusan sama ada untuk melepaskan secara parol seseorang banduan yang memohon parol
- Menggantung atau membatalkan sesuatu Perintah Parol
- Menambah apa-apa syarat atau menggubah mana-mana syarat sesuatu Perintah Parol
- Mengadakan sesuatu siasatan berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkaitan parol
- Memeriksa mana-mana banduan untuk mendapatkan maklumat tambahan berkaitan dengan sesuatu permohonan parol atau bagi apa-apa sebab lain yang difikirkan patut oleh Lembaga Parol
- Menjalankan dan melaksanakan apa-apa fungsi dan tugas lain sebagaimana yang ditentukan oleh Menteri.
Lembaga Parol perlu mengambil kira beberapa faktor sebelum meluluskan permohonan parol. Berikut adalah beberapa perkara yang perlu diambil kira:
- Keperluan untuk melindungi keselamatan masyarakat;
- Keperluan untuk mengekalkan keyakinan orang awam dalam pentadbiran keadilan
- Sifat dan hal keadaan kesalahan yang berhubung dengan hukuman ke atas banduan itu
- Rekod jenayah banduan
- Risiko banduan melakukan lagi apa-apa kesalahan jika dia dilepaskan secara parol
- Banduan boleh menyesuaikan diri dengan kehidupan masyarakat
- Kesan ke atas mangsa banduan dan keluarga mangsa jika banduan itu dilepaskan secara parol.
Keanggotaan
Lembaga Parol terdiri daripada 7 anggota yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Keanggotaan Lembaga Parol terdiri daripada: