Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Limbang FM

Limbang FM
Adio Kitani/Radio Tau/Radio Jati
Kawasan penyiaranSeluruh Bahagian Limbang, negara Brunei Darussalam dan juga daerah Sipitang, Sabah
SloganPasti Di Hati
FrekuensiBerbeza-beza, bergantung kepada kawasan.
Tarikh siaran pertama15 Oktober 1992; 32 tahun yang lalu (1992-10-15)
FormatRadio hit kontemporari
BahasaBahasa Melayu, Bahasa Bisaya, Bahasa Iban, Bahasa Lun Bawang
Pemilik
Saluran kembarAsyik FM, Bintulu FM, Johor FM, Kedah FM, Kelantan FM, Keningau FM, KL FM, Labuan FM, Langkawi FM, Melaka FM, Miri FM, Mutiara FM, Negeri FM, Pahang FM, Perak FM, Perlis FM, Sri Aman FM, Red FM, Sabah FM, Sabah V FM, Sandakan FM, Sarawak FM, Selangor FM, Sibu FM, Tawau FM, Terengganu FM dan Wai FM
Tapak weblimbangfm.rtm.gov.my

Limbang FM ialah sebuah stesen radio tempatan yang dijalankan oleh Radio Televisyen Malaysia.

Sejarah

  • RTM Limbang merupakan stesen kawasan yang pertama selepas RTM Kuching, ditubuhkan di negeri Sarawak. Stesen ini telah dirasmikan oleh Tuan Yang Terutama Gabenor Sarawak, Tun Datu Tuanku Hj Bujang bin Tuanku Hj Othman pada 17 April 1971.
  • Limbang FM dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Rangkaian Nasional, Perkhidmatan Lun Bawang dan Perkhidmatan Bisaya. bersiaran dari pukul 9 pagi hingga 9 malam setiap hari. Limbang FM pasti Di Hati, selain itu terdapat juga Perkhidmatan Iban yang bersiaran dari 9 malam hingga 10 malam.
  • Limbang FM merupakan stesen paling jauh diutara Sarawak berjiran dengan Negara Brunei Darussalam dan juga Negeri Sabah. Mempunyai peminat tersendiri dari pelbagai etnik di kuasan utara seperti Melayu Brunei, Kedayan, Lunbawang, Iban, Bisaya, dan Cina.
  • Limbang FM telah rasmi menggantikan ERA Sarawak yang ditamatkan pada 1 Januari 2024 susulan penutupan ibu pejabat Astro Radio di Kuching berkuat kuasa pada 30 September 2023 disebabkan keputusan menghentikan operasi pejabat Astro Radio Sarawak itu dicapai pada Ogos lalu.[1]

Frekuensi

Frekuensi Kawasan siaran Tapak pemancar
90.5 MHz Kampung Siang-Siang, Lawas Bukit Siang-Siang
94.5 MHz Medamit Bukit Sagan Rudang
101.1 MHz Lawas Bukit Tiong
104.9 MHz Limbang Bukit Mas
SW 11665 kHz Gelombang Pendek Kebangsaan (untuk siaran Radio Tau) RTM Kajang

Senarai Segmen

Senarai segmen Limbang FM
Nama Segmen Bahasa Mula Tamat
Adio Kitani Melayu 9.00 Pagi 12.00 Tengah Hari
Radio Tau Lun Bawang 12:00 Tengah Hari 3:00 Petang
Radio Jati Bisaya 3:00 Petang 6:00 Petang
Ruang Di Hati/Sada Ari Limbang (Setiap Khamis) Iban 6:00 Petang 9:00 Malam
Sambungsiar WAIfm Iban (Jumaat-Rabu) - 6:00 Petang 9:00 Pagi
Kembali kehalaman sebelumnya