Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Lorong Haji Taib

Lorong Haji Taib terletak di Kuala Lumpur, Malaysia, berhampiran dengan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Asal usul nama

Lorong Haji Taib adalah diambil dari nama asal seorang yang bernama Haji Mohamed Taib bin Haji Abdul Samad yang berasal dari Batusangkar, Tanah Datar, Sumatera Barat, Indonesia (1858-1925).

Kawasan Lorong Haji Taib dan kawasan sekitarnya menjadi buah mulut orang kerana sering dikaitkan sebagai daerah lampu merah Kuala Lumpur berikutan terdapat ramai pelacur luar dan dalam negara yang beroperasi di sini. Selain itu banyak penagih dadah dan bapuk menjalankan kegiatan mereka di kawasan ini.[1] Keadaan ini mencemarkan nama seorang bergelar haji di sini.

Rujukan

Kembali kehalaman sebelumnya