Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Love Comes Softly

Love Comes Softly
FormatDrama TV, Keagamaan
PengarahMichael Landon Jr.
Dibintangi oleh
Katherine Heigl
Dale Midkiff
Skye McCole Bartusiak
Oliver MacReady
Corbin Bernsen
Theresa Russell
Negara asal Amerika Syarikat
Penerbitan
Tempoh siaran120 min (termasuk iklan)
Penyiaran
Saluran asalHallmark Channel
Laman sesawang

Love Comes Softly merupakan drama TV yang mengangkat suasana 1800-an dan diadaptasikan menerusi novel bersiri nukilan Janette Oke. Ia mula ditayangkan di Hallmark Channel pada 2003. Drama diarahkan oleh Michael Landon Jr., dan dibintangi oleh Katherine Heigl sebagai seorang perempuan muda yang bernama Marty Claridge. Drama ini mempunyai beberapa siri yang menyusul seperti Love's Enduring Promise (2004), Love's Long Journey (2005), Love's Abiding Joy (2006), Love's Unending Legacy (2007), dan Love's Unfolding Dream.

Jalan Cerita

Marty Claridge (Katherine Heigl) perlu berpindah ke Barat bersama suaminya Aaron Claridge (Oliver MacReady), yang kemudiannya mati sewaktu sedang mengejar kudanya yang terlepas dari tambatan. Pemergian suaminya membuatkan beliau kebingungan memandangkan musim sejuk bakal menjelma dan beliau tidak mempunyai apa-apa yang membolehkan beliau pulang ke tempat asal. Ketika sedang meratapi pemergian suaminya, beliau didatangi seorang lelaki yang kemudiannya menawarkan Marty tempat tinggal buat sementara waktu dan akan menghantar Marty pulang sewaktu musim luruh tetapi dengan syarat Marty akan mengahwininya. Marty tidak mempunyai pilihan lain melainkan bersetuju untuk berkahwin dengan Clark Davis (Dale Midkiff), yang juga seorang duda yang kematian isterinya dan menetap bersama anak perempuannya, Missie (Skye McCole Bartusiak). Perkahwinan ini diharap dapat mengubah sikap tomboi Missie kepada feminin. Tindakan Clark mengahwini Marty benar-benar membuatkan Missie marah kerana baginya tiada siapa yang layak untuk menggantikan tempat mendiang ibunya. Dalam masa yang sama, Marty menunggu kelahiran anaknya bersama mendiang suaminya. Hari-hari yang mendatang, akhirnya berjaya melembutkan hati keras Missie dan tanpa disedari terbit rasa cinta antara Marty dan Clark, namun kedua-duanya cuba menyembunyikan. Menjelang hari-hari terakhir Marty di rumah Clark, Marty membuat keputusan untuk menulis sepucuk surat dan memohon agar Clark menghalangnya dari pulang ke kampung halaman. Harapan Marty tidak kesampaian apabila surat yang diselitkan di celah buku Clark telah terjatuh ke lantai dan hanya disedari oleh Clark setelah menghantar Marty pulang ke kampung halaman. Kerana cintanya, Clark mengejar kenderaan tumpangan Marty dan mengajak Marty tinggal bersamanya dan Missie.

Cast

Pelakon Peranan
Katherine Heigl Marty Claridge
Dale Midkiff Clark Davis
Skye McCole Bartusiak Missie Davis
Corbin Bernsen Ben Graham
Theresa Russell Sarah Graham
Oliver Macready Aaron Claridge
Adam Loeffler Clint Graham
Nick Scoggin Reverend Johnson
Rutanya Alda Wanda Marshall
Tiffany Amber Knight Laura Graham

Sumber

Pautan Luar


Kembali kehalaman sebelumnya