Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Lundang

Lundang
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Lundang
Mohor rasmi Lundang
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"[1]
Lagu:
Negaraku
CountryMalaysia Malaysia
Wilayah/Provinsi Kelantan
Jajahanjajahan Kota Bharu
DaerahKubang Kerian (sebelum tahun 1970 adalah asal bernama Daerah Lundang)
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
% lelaki dan  % perempuan
Zon waktuGMT+8
 • Musim panas (DST)GMT


Lundang merupakan sebuah Mukim dan bandar di daerah Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan. Lundang terletak dalam kawasan Kota Bharu dan menjadi sempadan di antara kawasan pentadbiran politik Parliman Kota Bharu dengan Parliman Kubang Kerian.

Dari sudut pentadbiran politik bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, Lundang mempunyai kawasan Dun (DUN Lundang) nya yang sendiri sejak lama dahulu lagi sebelum ia kemudian diserap kedalam Dun Bunut Payong pada tahun 1995.

Mukim-mukim lain di daerah Kubang Kerian ialah Mukim Al Muttaqin, Lundang @ Telok Baru, Demit, Kenali, Langgar, Chicha, Wakaf Stan, Bunut Payung, Wakaf Siku, dan Pulong Terdapat sebanyak 131 mukim di jajahan Kota Bharu.

Sejarah  

Menurut catatan Sejarah, Kampung Lundang adalah salah sebuah kampung yang tertua selepas Kampung Kota Jelasin, Kampung Che Bu dan Kampung Kubang Garom. Kampung Lundang juga adalah merupakan sebuah kampung paling besar di antara kampung-kampung lain dalam kawasan Kota Bharu, ibu negeri Kelantan sekarang.

Batas sempadan asalnya adalah bermula dari Lubuk Mulong (Jambatan Lebuh Raya Pasir Hor) di sebelah timur hingga ke kuala Sungai Lubuk Mulong di belakang Sekolah Kebangsaan Bunut Payong di sebelah barat, sebelah hulu tebing Sungai Lubuk Mulong di selatan hingga ke sempadan Kampung Bayam dan Kampong Langgar disebelah utara.

Nama Sungai Lubuk Mulong dahulunya dicatat dalam catatan sejarah sebagai Sungai Lundang dan merupakan aliran sistem perhubungan utama masyarakat lampau dengan menggunakan pengangkutan seperti kapal, perahu dan kolek. Sungai ini menghubungkan Sungai Kelantan di sebelah barat dengan Kuala Pantai Senok melalui Sungai Pengkalan Datu (Laut) disebelah timur.

Pembukaan Kampung Lundang bermula pada pertengahan abad ke-18 iaitu pada tahun 1762 oleh seorang pembesar tertinggi negeri Kelantan yang masyhur dalam sejarah tradisional Kelantan yang digelar Mandur Mis dengan baginda adalah menjadi Raja Lundang pertama.

Nama sebenar Mandur Mis ialah Tuan Khomis Bin Tuan Kundur. Beliau adalah kekanda sulung kepada Che Tuan Namah yang menjadi isteri kepada Penghulu Adas, Tuan Wan Ramat dan Tuan Membunga.

Ayahanda Mandur Mis iaitu Tuan Kundur (Raja Long Ain) adalah berjawatan Raja Muda semasa pemerintahan nendanya, Raja Tuan Besar Long Bahar Ibni Datu Pengkalan Tua Patani yang memerintah Kelantan pada tahun 1721-1733. Raja Muda Tuan Kundur ini ialah anakanda sulung Raja Tuan Besar Long Bahar dengan isterinya yang kedua, iaitu Raja Pah Binti Sultan Umar Jembal.

Raja Muda Tuan Kundur ini tidak lain ialah kekanda sulung seibu sebapa kepada Sultan Haji Yunus Raja Patani, manakala sebagai adinda sebapa pula kepada Long Sulaiman, Raja Kelantan 1734-1756. Raja Muda Tuan Kundur menjadi Raja di Kota Sening pada tahun 1721 mengambil tempat ayahandanya Tuan Besar Long Bahar hinggalah membawa kepada mangkat pada tahun 1734. Manakala ayahandanya pula iaitu Tuan Besar Long Bahar telah berpindah bersemayam di Kota Jembal, tempat mertuanya Almarhum Sultan Umar dahulu.

Sewaktu mula-mula Long Yunus putera kepada Long Sulaiman memerintah Kelantan, baginda telah melantik Mandur Mis, sepupundanya ini sebagai Mendahari Negeri bergelar Engku Mendahari Seri Maharaja Wangsa iaitu salah satu jawatan tertinggi dalam hieraki tradisional pada waktu itu yang boleh disama tarafkan dengan sistem pembesar berempat di Negeri melayu barat. Selain jawatan perdana menteri yang disandang oleh Long Gafar bergelar Engku Seri Maharaja Perdana Menteri, dua tokoh lagi yang menganggotai pembesar tertinggi ini adalah Penghulu Adas sebagai Penghulu Menteri Seri Bija D'Raja dan Raja Langsuring sebagai Engku Pahlawan Seri Maharaja Dalam.

Mandur Mis yang memerintah Kampung Lundang selama 28 tahun ini kemudian mangkat pada tahun 1790. Tempatnya sebagai Raja Lundang telah disandang oleh puteranya bernama Tuan Lebar. Namun tidak lama kemudian, pada tahun 1801, Tuan Lebar telah dilantik pula menjadi pembesar tertinggi negeri oleh Sultan Muhammad - I sebagai panglima perang. Pada zaman Sultan Muhammad I ini, baginda telah menubuhkan tujuh jawatan terpenting iaitu pembesar tertinggi dengan kedudukan tarafnya adalah dinombor dua selepas Sultan, salah satunya adalah termasuk jawatan panglima perang inilah dengan bergelar Dato' Panglima Perang Lundang[2] serta telah dianugrah pula untuk berkuasa memerintah di kawasan bermula dari sungai Kampong Wakaf Stan di sebelah timur hingga ke Sungai Kampung Sireh di sebelah barat, sebelah hulu tebing Sungai Lundang di selatan hingga ke Paya Rambai di sebelah utara. Kawasan - kawasan ini, disebabkan pusat pemerintahannya berpusat di Kampung Lundang, maka kawasan ini kemudian terkenal dan masyhur dengan nama daerah Lundang.

Baginda yang kemudiannya terkenal di kalangan rakyatnya dengan panggilan Dato' Panglima Perang serta menantu kepada Long Ghaffar iaitu suami kepada Engku Che' Nik ini mangkat pada tahun 1830. Tempatnya kemudian telah digantikan oleh puteranya bernama Wan Ku Sulong yang menjadi Raja Lundang ke-III dan berkuasa memerintah daerah Lundang dengan mewarisi gelaran kebesaran sebagai Dato' Panglima Perang Lundang yang ke-II. Baginda yang kemudiannya lebih masyhur dipanggil dengan nama Dato' Mekong[3] ini mangkat pada tahun 1846.

Selepas daripada Dato' Mekong mangkat, maka putera sulung Al marhum Dato' Mekong iaitu Wan Senik Besar pula mewarisi menjadi Raja Lundang yang ke-IV serta memerintah daerah Lundang dengan gelaran kebesaran sebagai Dato' Panglima Perang Lundang yang ke-III. Wan Senik Besar kemudian dipanggil masyhur dengan panggilan Dato' Besar. Baginda adalah suami kepada Engku Nik Nab anak Ku Bulat Jeram dari keturunan Long Ghaffar.

Berikutan kemudian setelah Dato' Besar mangkat pada tahun 1867, tempatnya telah digantikan oleh menantu yang juga anakanda sepupunya bernama Nik Wan Musa Bin Wan Hassan yang menjadi Raja Lundang ke-V dengan seterusnya telah mewarisi gelaran kebesaran dari marhum mertuanya sebagai Dato' Panglima Perang Lundang yang ke-IV. Nik Wan Musa yang kemudian sangat masyhur dipangil dengan nama Dato' Lundang ini tidak lain ialah anakanda kepada Wan Hassan gelar Dato Lela Perkasa Muda, yang pada waktu Engku Slia Machang Long Mansur ditahan di penjara Bangkok akibat penglibatannya dalam melindungi pejuang Pahang pada tahun 1895 itu, Wan Hassan telah turut terlibat sama. Manakala ayahanda Wan Hassan iaitu Wan Ku Sulaiman bergelar Dato Lela Perkasa Tua pula tidak lain adalah anakanda bongsu kepada Dato Panglima Perang Raja Lundang ke II yang membuka Kampung Pasir Jelatang.

Pada tahun 1909 akibat daripada Perjanjian British-Siam, maka peranan corak pemerintahan tradisional daerah Lundang telah ditukar dan berubah kepada corak pentadbiran moden yang telah diperkenalkan oleh Penasihat British di Kelantan. Akibat daripada peristiwa ini, pada tahun 1910, Dato' Lundang telah diberi pencen seumur hidup sebanyak dua ribu empat ratus ringgit setahun sehingga mangkat pada tahun 1926. .

Daerah Lundang telah diletakkan bersama sama dengan daerah Panji, Banggu, Kota, Pendek, Sering, Salor, Badang, Limbat, Beta, Ketereh, Peringat, Kadok dan Kemumin dibawah suatu pentadbiran yang baharu dan moden dinamakan Pentadbiran Jajahan Kota Bharu dengan diketuai oleh seorang pegawai yang dikenali sebagai Ketua Jajahan. Manakala diperingkat daerah Lundang pula telah ditadbir oleh Kweng atau sekarang dipanggil Penggawa, suatu jawatan yang dahulunya terletak di bawah perintah dan dilantik oleh Raja-raja Lundang yang mana kemudian ini telah dinaik taraf menjadi sebagai ketua daerah dan bertanggungjawab terus kepada ketua jajahan yang kedua dua jawatan ini dilantik secara berterusan dari pihak kerajaan Kelantan.

Daerah ini kekal dengan nama daerah Lundang zaman berzaman hinggalah pada tahun dekad 1970-an apabila daerah ini telah dipecah (persepadanan semula) dan diubah namanya menjadi daerah Kubang Kerian. Nama serta batas sempadan baharu ini kekal sehingga sekarang. Perubahan ke atas daerah Lundang ini berlaku bagi mewujudkan subbandar yang baharu kepada Kota Bharu selaku ibu negeri Kelantan selaras dengan plan rancangan bandar baru yang dikenali sebagai Bandar Baru Kubang Kerian.

Kompleks kerajaan

  • Kompleks Balai Islam Lundang
  • Jabatan Pertanian Negeri Kelantan
  • Ibu Pejabat SPRM Cawangan Pantai Timur
  • Lembaga Pertubuhan Peladang
  • Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA)
  • Jabatan Pengaliran Dan Saliran Negeri Kelantan (JPS)
  • Pejabat Pendidikan Daerah Kota Bharu, Jalan Telipot
  • Pejabat Perkhidmatan Veterinar Jajahan (PPVJ) Kota Bharu

Pendidikan

Sumber

  • "Peringatan Lundang" oleh Imam Fakeh Hj.Abdullah Ahad 1326/1908(salinan manuskrip tulisan jawi)
  • Warisan Kelantan I, ms134 dibawah tajuk "Kadok Satu Kajian Ringkas" oleh Perbadanan Muzium Negeri Kelantan,1982
  • "Bahawasanya inilah Salasilah Keturunan Raja Lundang Tuan Khomis Bin Tuan Kundur Al marhum" oleh Tengku Daud Tuan Ali, Kemumin. (manuskrip tulisan jawi 1927)
  • "Kelantan Dari Zaman ke Zaman" oleh Mohammad Husin Khal'e Hj.Awang,Pustaka Dian Kota Bharu1970
  • Riwayat Kelantan : analisis teks, interteks dan konteks Author Zahir Ahmad. 1997[pautan mati kekal]


  1. ^ Malaysian Flag and Crest from www.malaysia.gov.my.
  2. ^ lihat (Corak Pemerintahan Kelantan lampau)
  3. ^ gelaran Panggilan "Dato' Mekong" iaitu kepada ayat "Mekong" merujuk dari ringkasan gelaran Siamnya iaitu "Phra Chou Mekong Phaya Lundang".
Kembali kehalaman sebelumnya