Majlis Daerah Rompin (MDR) ialah salah sebuah Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Negeri Pahang yang dipertanggungjawabkan dengan bidang tugas yang merangkumi aspek-aspek kawalan perniagaan, penguatkuasaan, kawalan pembangunan, percukaian, kebersihan dan sebagainya di daerah Rompin. Jumlah penduduk mengikut bancian tahun 2000 ialah 101,877 orang.
Majlis Daerah Rompin telah ditubuhkan pada 1 Julai 1988 melalui Warta Kerajaan Negeri Pahang No. 501 bertarikh 14 Jun 1988 dengan keluasan pentadbiran 127.23 kilometer persegi. Pada 1 November 2000 LKPT (DARA) telah dibubarkan. Ini menjadikan keluasan kawasan MDR yang baru adalah seluas 4,044.24 kilometer persegi melalui pelan warta PW 3536 termasuk kawasan operasi iaitu kira-kira 353.056 kilometer persegi berkuatkuasa 1 Januari 2002. Dengan
penwartaan ini maka seluruh Daerah Rompin adalah dibawah pentadbiran Majlis Daerah Rompin. Perluasan kawasan adalah meliputi seluruh Daerah Rompin kecuali Pulau Tioman dan Hutan Simpan. Pulau Tioman diletakkan di bawah pentadbiran Lembaga Pembangunan Tioman (TDA).
Misi dan visi
Misi
Pengurusan organisasi yang cemerlang dan berintegriti
Mengutamakan kehendak pelanggan dalam memberi perkhidmatan yang cekap dan mesra
Bersedia melaksanakan arahan/dasar kerajaan secara bertanggungjawab
Mengurangkan pergantungan kepada kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan.
Visi
Untuk menjadikan MDR sebuah pihak berkuasa tempatan yang unggul, berdikari, berdaya maju dan berdaya saing menjelang 2020.
Objektif
Memastikan kualiti dalam peningkatan mutu kerja dan produktiviti selaras dengan amalan budaya selenggara dan khidmat kerja cemerlang.
Mengutamakan kebersihan dan keindahan dalam merancang, melaksana dan mengawal pembangunan di samping pemeliharaan alam sekitar.
Menyediakan kemudahan-kemudahan awam yang mencukupi kepada masyarakat setempat dan para pelancong.
Memastikan aktiviti penguatkuasaan dilaksanakan dengan berhemah dan berkesan.