Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Makanan anjing

Tiga cara untuk memberikan makanan kepada: Makanan mentah, makanan basah dan makanan kering di dalam mangkuk.

Makanan anjing merujuk makanan tertentu yang diniatkan untuk pemakanan oleh anjing. Seperti semua karnivor, anjing mempunyai gigi tajam, dan mempunyai saluran gastrousus pendek yang lebih sesuai untuk pemakanan daging. Sungguhpun mempunyai rekaan karnivor semula jadi, anjing masih dapat beradaptasi selama beribu-ribu tahun untuk hidup bersumberkan sisa dan baki daging dan bukan daging kewujudan manusia dan berkembang maju bersumberkan pelbagai makanan.

Di Amerika Syarikat sendiri, pemilik anjing membelanjakan melebihi $8.5 bilion untuk makanan anjing yang dikilangkan secara komersial pada 2007.[1] Sesetengah orang membuat makanan anjing sendiri, memberi anjing mereka makanan yang diperbuat daripada ramuan yang dibeli di kedai runcit atau makanan sihat atau memberi anjing mereka pemakanan makanan mentah.

Rujukan

  1. ^ Ward, Ernest (2010). Chow hounds: Why our dogs are getting fatter. Health Communications. m/s. 13. ISBN 978-0-7573-1366-0. |access-date= requires |url= (bantuan)

Pautan luar

Kembali kehalaman sebelumnya