Raja Mansur I
Baginda ditabalkan sebagai Raja Kelantan (Majapahit) pada tahun 1467 dengan gelaran Sultan Mansur Shah I. Ketika era baginda, Kelantan terpaksa berdepan dengan Kerajaan Ayutthaya dan Kesultanan Melayu Melaka yang berjaya menakluki Majapahit.
Berperang dengan Melaka
Menurut Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu), Sultan Mahmud Shah mengarahkan Tun Muhatir (Seri Maharaja) pada tahun 1499 untuk menyerang Kelantan.
Sultan Mansur Shah telah akur dengan Melaka tanpa pertumpahan darah dan putera-puteri baginda ditangkap iaitu:
Raja Gombak berjaya melepaskan diri daripada tahanan. Ketika puteri-puteri dihadapkan kepada Sultan Mahmud Riayat Shah I, baginda tertarik dengan Puteri Onang Kening lalu berkahwin dengannya pada tahun 1500.
Sumber