Markas Pemerintahan Strategik Amerika Syarikat (USSTRATCOM) adalah salah satu dari sebelas markas medan bersepadu dalam Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Beribupejabat di Pangkalan Tentera Udara Offutt, Nebraska, USSTRATCOM bertanggungjawab bagi pencegahan strategik, serangan global, dan mengendalikan Grid Maklumat Global Jabatan Pertahanan. Ia juga menyediakan hos keupayaan untuk membantu markas medan lain, termasuk amaran strategik; pertahanan peluru berpandu bersepadu; dan perintah, kawal, komunikasi, komputer, risikan, pemantauan, dan peninjauan ("command, control, communications, computers, intelligence, surveillance, reconnaissance" atau singkatan
C4ISR) global. Markas dinamik ini memberikan pimpinan negara satu sumber bersepadu untuk pemahaman yang lebih baik mengenai ancaman tertentu di seluruh dunia dan cara untuk bertindak balas terhadap ancaman tersebut dengan cepat.[1][2]
Markas Strategik telah ditubuhkan pada tahun 1992 untuk menggantikan Markas Udara Strategik (SAC). Pada Oktober 2002, ia digabungkan dengan Markas Angkasa Amerika Syarikat (USSPACECOM).
Ia menggunakan lebih kurang 2,700 orang, mewakili keempat-empat cabang tentera, termasuk orang awam DoD dan kontraktor.
Markas Strategik adalah salah satu dari tiga Markas Medan Bersepadu yang disusun mengikut asas kefungsian. Enam markas yang lain disusun mengikut asas geografik. Struktur markas tempur tentera bersepadu dicadangkan untuk memberi Presiden dan Setiausaha Pertahanan satu sumber bersepadu bagi memahami ancaman besar tertentu diseluruh dunia dan bertindak balas terhadap ancaman-ancaman tersebut dengan pantas.
General Hyten telah disahkan sebagai Timbalan Pengerusi Ketua Turus Bersama yang seterusnya; pengganti beliau sebagai Panglima USSTRATCOM masih belum lagi dicalonkan.