Masjid Buluh Gua Musang merupakan sebuah masjid yang terletak dalam bandar Gua Musang. Masjid ini juga merupakan "pintu masuk" ke bandar selain daripada dua buah gua jika masuk ke bandar dari arah Kota Bharu menuju Kuala Lumpur.Terletak di tepi Jalan Gua Musang-Kuala Krai, berhampiran gua batu kapur di Gua Musang, masjid itu memberi keselesaan untuk mereka berhenti rehat, terutama kepada orang ramai yang balik ke kampung pada musim perayaan.