Masjid Permatang Keriang merupakan sebuah masjid di Daerah Kepala Batas, Pulau Pinang. Dibina pada tahun 1897 menurut tahun yang ditulis di tangga lama masjid. Namun, begitu, sebelum masjid ini dibina, terdapat 1 masjid yang lebih lama yang berada bersebelahan kubur lama di kampung permatang rawa penaga. Masjid itu dirobohkan setelah masjid baru siap dibina di kampung permatang keriang. Menurut waris pengasas Masjid ini, Allahyarham Othman bin Saad bahawa Masjid ini didirikan oleh Haji Abdullah bin Haji Ahmad. Imam pertama masjid ini ialah Lebai Mat Saman bin Lebai Qadin yang merupakan sepupu kepada Haji Abdullah bin Haji Ahmad.Beliau juga ada menulis tafsir alQuran dan manuskrip maulud jawi. Antara ciri asal yg dapat dilihat di masjid ini adalah di bahagian ruang utama masjid iaitu mihrab, mimbar, ukiran bunga diatas dinding mihrab dan hiasan kayu di tingkap dan pintu. Mengenai mimbar masjid ini, menurut Othman, mimbar ini dibina oleh tukang yang bernama Mat Jasin dari Pulau Mertajam, ketika penduduk kampung hendak membawa mimbar ke masjid, mereka dikatakan meminta seorang orang alim bernama Tok Syeikh Waksa yang tinggal di kota kuala muda untuk berada di atas mimbar dan mengusung ke masjid supaya dapat diambil berkat. Antara Negeri Pulau Pinang terbahagi kepada enam daerah pentadbiran agama.
Pautan luar