Pembinaan Masjid tengku Muhammad Faiz Petra Gua Musang telah bermula pada 19 oktober 1988 dan ianya telah siap sepenuhnya pada 11 Mac 1991. Kos pembinaannya telah diperuntukkan oleh Kementerian Luar Bandar melalui agensinya Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (kesedar) dengan sejumlah Rm 2,793,703.11 bagi membina dan menyiapkan bangunan ini. Pada 4 April 1999 masjid ini dengan rasminya dijadikan masjid (Jumaat) bagi Mukim Bandar Baru, Gua Musang dan Sebagai Masjid Bandar (Masjid Kepala Jajahan).
Sebelum ini, masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Biru kerana pada asalnya, keseluruhan masjid ini bertemakan warna biru dan putih pada dinding, mozek, permaidani dan sebagainya (mungkin kerana ia merupakan projek KESEDAR dalam wilayahnya, secara tidak langsung mencerminkan kubu kuat Barisan Nasional ketika itu). Sejak 2013 hingga kini, masjid ini berwarna kuning-emas dan putih, sama seperti kebanyakan masjid-masjid jajahan di Kelantan.
Pentadbiran
Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-03-GM-00011.