Piala Dunia
|
Maskot
|
Gambaran
|
England 1966
|
World Cup Willie
|
Singa selaku lambang utama United Kingdom, memakai jersi Union Flag yang tertera ungkapan "WORLD CUP".
|
Mexico 1970
|
Juanito
|
Kanak-kanak lelaki yang memakai pakaian seragam pasukan Mexico dan topi sombrero (yang tertera "MEXICO 70"). Namanya adalah bentuk diminutif bagi "Juan", sebuah nama lelaki yang biasa dipakai di rantau berbahasa Sepanyol.
|
Jerman Barat 1974
|
Tip dan Tap
|
Dua kanak-kanak lelaki yang memakai pakaian seragam pasukan Jerman, dengan huruf WM (Weltmeisterschaft, Piala Dunia) dan nombor 74.
|
Argentina 1978
|
Gauchito
|
Kanak-kanak lelaki yang memakai pakaian seragam pasukan Argentina. Topi (tertera "ARGENTINA '78"), kain leher dan cemeti adalah pakaian tradisional gaucho.
|
Sepanyol 1982
|
Naranjito
|
Sebiji buah oren, buah-buahan yang biasa ditemui di Sepanyol, memakai pakaian seragam pasukan kebangsaan. Namanya berasal dari naranja (oren dalam bahasa Sepanyol), dan akhiran diminutif "-ito".
|
Mexico 1986
|
Pique
|
Sebiji lada jalapeño, ramuan yang mencirikan masakan Mexico, bermisai dan bertopi sombrero. Namanya berasal dari picante, iaitu istilah bahasa Sepanyol untuk lada dan rempah pedas.
|
Itali 1990
|
Ciao
|
Pemain stick figure berkepala bola sepak dan berbadan triwarna Itali. Namanya adalah ucapan dalam bahasa Itali.
|
Amerika Syarikat 1994
|
Striker, the World Cup Pup
|
Seekor anjing, haiwan belaan yang kerap ditemui di AS, memakai pakaian bola sepak berwarna merah putih biru dan tertera "USA 94".
|
Perancis 1998
|
Footix
|
Seekor ayam jantan, salah satu lambang negara Perancis, dengan perkataan "FRANCE 98" tertera pada dadanya. Badannya serba biru seperti baju pasukan kebangsaan. Namanya adalah lakuran "football" dan akhiran "-ix" dari siri komik Astérix.
|
Korea/Jepun 2002
|
Ato, Kaz and Nik (The Spheriks)
|
Tiga makhluk futuristik janaan komputer berwarna jingga, ungu dan biru. Mereka adalah ahli-ahli sepasukan "Atmoball" (sukan cereka seakan bola sepak), di mana Ato adalah jurulatih manakala Kaz dan Nik adalah pemain. Nama-nama mereka terpilih dari senarai pendek yang diisi oleh pengguna Internet atau cawangan McDonald's di negara-negara tuan rumah.
|
Jerman 2006
|
Goleo VI Sidekick: Pille
|
Seekor singa yang memakai baju pasukan Jerman yang tertera nombor 06 dan sebiji bola sepak bernama Pille. Goleo adalah lakuran "goal" dan "leo", iaitu singa dalam bahasa Latin. Di Jerman, "Pille" adalah timangan kepada bola sepak (bola).
|
Afrika Selatan 2010
|
Zakumi
|
Seekor harimau bintang, haiwan yang biasa ditemui di Afrika Selatan, berambut hijau yang memakai baju bertera "South Africa 2010". Warna hijau emas Zakumi melambangkan warna-warna pasukan bola sepak kebangsaan Afrika Selatan. Namanya berasal dari "ZA", kod ISO 3166-1 alpha-2 untuk Afrika Selatan, dan "kumi", perkataan yang bererti "sepuluh" dalam pelbagai bahasa Afrika.
|
Brazil 2014
|
Fuleco
|
Seekor armadilo, haiwan yang hanya ditemui di Brazil dan diklasifikasikan sebagai Spesies terancam dan pemilihan maskot Fuleco telah membawa perhatian kepada kepelbagaian biodiversiti di Brazil. Nama Fuleco merupakan gabungan perkataan Bahasa Portugis, iaitu "Futebol" (Bola sepak) dan "Ecologia" (Ekologi).
|
Rusia 2018
|
Zabivaka
|
Seekor serigala, di mana namanya diterjemahkan daripada Bahasa Rusia yang membawa maksud, "Penjaring Gol". Zabivaka memakai baju berwarna biru dan putih yang bertera "Russia 2018" dan seluar pendek berwarna merah. Kombinasi warna tersebut merupakan warna bagi Pasukan bola sepak Rusia, dengan maskot tersebut dipilih melalui undian di internet.
|