Melaka Raya merupakan sebuah bandar baru yang terletak di Bandaraya Melaka, Melaka, Malaysia. Di sini terdapat banyak deretan kedai-kedai komersil selain bertujuan menarik pelancong-pelancong asing seperti hotel, motel, kelab malam dan sebagainya. Taman Melaka Raya terletak bersebelahan dengan Bandar Hilir, Banda Kaba, dan Semabok.