Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Milenium ke-3

Milenium:
Abad:

Milenium ke-3 yang merupakan tempoh seribu tahun yang ketiga dalam Era Umum yang bermula pada 1 Januari 2001 dan berakhir pada 31 Disember 3000. Oleh sebab milenium ini kini hanya di dalam dekad pertamanya, 2000-an merupakan tumpuan para ahli sejarah. Bahagian abad ke-21 yang tinggal dan arah aliran jangka masa yang lebih panjang (seperti jumlah penduduk dunia yang diramalkan tidak lagi akan bertambah ketika ia mencapai 10 bilion pada dekad 2050-an) merupakan bidang kajian masa hadapan.

Peristiwa

  • Pengikut-pengikut Zaman Baru dan berbagai-bagai ahli astrologi menghitung Zaman Aquarius sebagai akan bermula pada enam abad pertama Milenium Ketiga (hitungan berbeza-beza tentang tarikh yang tepat).
  • Sesetengah penganut untuk sebilangan agama utama (termasuk agama Yahudi, Islam, dan agama Kristian) mempercayai bahawa milenium ke-3 ialah milenium terakhir Bumi ini, dengan kedatangan Al-Masih (pertama atau kedua) dan pemerintahan keamanannya, dan/atau pemusnahan bumi oleh perang.
  • Ahli milenialisme meramalkan bahawa milenium ketiga akan merupakan milenium keamanan apabila manusia akhirnya belajar berhidup dengan keharmonian antara satu sama lain dan dengan alam semula jadi.
  • John Paul II menjangka sebuah "musim bunga agama Kristian yang baru" ketika beliau memulakan milenium ini dengan Novo Millennio Ineunte, sebuah rancangan gereja yang sangat mengutamakan kesucian.
Kembali kehalaman sebelumnya