Beliau dilahirkan di Kampung Kundur Hilir, Rembau, Negeri Sembilan, pada 2 Mei 1956.
Pendidikan
Mohamad menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datuk Akhir Zaman, Rantau, dan menyambungkan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Kebangsaan Rantau. Selepas menyelesaikan pendidikan menengah, beliau terus ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tuanku Ampuan Durah, Seremban, dan kemudian melanjutkan pendidikan tinggi di Universiti Malaya pada tahun 1976.
Kerjaya awal
Beliau memulakan kerjayanya sebagai Pelatih Bank Negara Malaysia, termasuk Penolong Pengurus di Malayan Banking Berhad, dan Pengurus di Arab Malaysian Merchant Bank Berhad. Mohamad kemudiannya berpindah kerjaya ke Bank Bumiputra Malaysia Berhad, dan pernah bertugas sebagai Pengurus Besar Bank Bumiputra London (1988-1992). Selepas berkecimpung dalam dunia perbankan, beliau berpindah ke sektor korporat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Cold Storage Malaysia Berhad (1992-1994). Jawatan terakhirnya di sektor korporat ialah sebagai Pengarah Urusan Cycle and Carriage Bintang Berhad (1994-2004).
Setelah memenangi pilihanraya kerusi Dewan Undangan Negeri Rantau, Dato' Seri Utama Haji Mohamad mengangkat sumpah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan pada 25 Mac 2004. Beliau juga Ketua UMNO Bahagian Rembau, Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia dan Timbalan Presiden UMNO Malaysia.
Pada 18 Disember 2018, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Dato' Seri Utama Mohamad Hasan dilantik untuk menjalankan tugas sebagai Presiden UMNO berikutan beliau ingin memberi tumpuan terhadap kes mahkamah yang masih dalam tempoh perbicaraan[3]
Nota:1 Pada 16 September 2018, Mahkamah Pilihan Raya telah menjatuhkan keputusan bahawa kemenangan Mohamad Hasan (menang tanpa bertanding) pada PRU 14 tidak diiktiraf dan mengarahkan agar Pilihan raya kecil perlu diadakan semula.
1 Kyaw Tin kini diiktiraf sebagai Menteri Luar Negara Myanmar rasmi oleh ASEAN, berbanding Ko Ko Hlaing (walaupun kini berkhidmat sebagai Menteri Kerjasama Antarabangsa Myanmar).