Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Muhammad Ibrahim Munsyi

Bapa Pendidikan Melayu Johor - Dato' Muhammad Ibrahim Munsyi

Allahyarham Dato' Muhammad Ibrahim Munsyi; SPMJ, yang bergelar Dato' Bentara Dalam merupakan seorang pendidik Malaysia yang mempunyai banyak jasa di dalam perkembangan pendidikan di Johor. Muhammad Ibrahim adalah anak bongsu Munsyi Abdullah, tokoh persuratan Melayu.

Pada tahun 1883, sebuah Jabatan Pelajaran ditubuhkan. Tujuannya ialah untuk memberi pendidikan yang lebih luas, tidak hanya terbatas kepada pelajaran al-Quran sahaja. Pada tahun ini juga dibina empat buah sekolah Melayu di Johor Bahru, Pengerang, Padang dan Tanjung Surat. Penubuhan sekolah Melayu ini terus berkembang ke daerah Muar, Batu Pahat dan tempat lain.

Di samping itu, Muhammad Munsyi memperkembangkan sistem pendidikan Melayu. Selain Jabatan ini, beliau juga ditugaskan untuk mengawasi perkembangan sekolah Inggeris dan Cina.

Beliau meninggal dunia pada 1904.[1]

Rujukan

  1. ^ Abdul Rashid Melebek, Amat Juhari Moain. Sejarah bahasa Melayu Google books.
Kembali kehalaman sebelumnya