Dr. Muhammad bin Md Daud (1947-2011) ialah ahli politik dan ahli akademik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan ADUN Tendong, Kelantan yang berkhidmat sejak 2008 hingga kematian beliau pada 24 Disember 2011[1]. Kematian beliau dalam tempoh dua tahun terakhir sebelum tamat penggal menyebabkan ketiadaan Pilihan Raya Kecil (PRK). Beliau juga pernah menjadi pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia[2]. Beliau meninggal dunia akibat di kediamannya di Lorong Haji Daud, Kampung Perakap, Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan[3].