Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Muhammad Zakaria

Dato' Haji Muhammad Zakaria (lahir 1 November 1955) berasal dari Rembau, Negeri Sembilan adalah seorang Penulis, Penerbit, Master Trainer dan Sukarelawan Misi Kemanusiaan dari Malaysia. Beliau berkelulusan Rosny College Hobart, University of Tasmania, Hobart, Australia dan University of Newcastle, New South Wales, Australia.


Muhammad Zakaria
Kelahiran
Muhammad bin Zakaria

(1955-11-01) 1 November 1955 (umur 69)
WarganegaraMalaysia
PekerjaanPenulis, Penerbit, Master Trainer dan Sukarelawan Misi Kemanusiaan
Kampung asalNegeri Sembilan

Sebagai penulis beliau telah menghasilkan 43 buah buku sendiri dan menerbitkan lebih 1,000 buah tajuk di bawah beberapa penerbit antaranya: Kalimat Cinta Sdn Bhd, Telaga Biru Sdn Bhd, PSN Publications Sdn Bhd, Yamani Angle Sdn Bhd, Citra Formulasi Sdn Bhd, Proexpo Communications, Media Creative, Penerbitan al-Munir, Galeri Imu Sd Bhd, Hijjaz Records Publishing Sdn Bhd, Mustread Sdn Bhd, Karangkraf Sdn Bhd dan Penerbitan al-Arqam.

Kejayaan terbesar beliau ialah menerbitkan buku Indahnya Hidup Bersyariat (Telaga Biru) yang telah terjual lebih 1.2 juta naskhah, Ensiklopedia Solat (Telaga Biru) (600,000 naskhah), Peringatan Untuk Umat Islam (Penerbitan al-Arqam) (200,000 naskhah) dan Ensiklopedia Bidaah (PSN Publications) (45,000 naskhah). Beliau ialah pengasas majalah SOLUSI yang pernah terjual 160,000 naskhah sebulan dan mantan penerbit majalah FARDU AIN dan KOMIK DAKWAH UOK.

Beliau telah dianugerahkan beberapa penghargaan antaranya Anugerah Buku Negara 2022, Anugerah Buku Popular dan Anugerah Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sekarang beliau ialah Timbalan Presiden 2, Angkatan Dakwah Antarabangsa Malaysia (ADAM), Yang Dipertua Al-Insan Foundation, Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Baitul Jannah, Yang Dipertia Al-Ain International Malaysia (AIM), Presiden Ibnu Sina International Mission (ISIM), Presiden Wakaf Ibnu Sina Hospital (WISH), Pengerusi Persatuan Belia Sri al-Ain (BERSAMA), Pengerusi Yayasan Darul Tahfiz Sri al-Ain Aceh dan Pengerusi Persatuan Penduduk Kg. Kubu Gajah (PPKKG).

Di samping itu beliau juga seorang penceramah TV dan radio, master trainer, penerbit, sukarelawan misi kemanusiaan, Mudir maahad tahfiz, Pengarah Jihad Pendidikan Asia (JPA), CEO Kalimat Cinta Sdn Bhd, Penasihat Penerbitan Telaga Biru Sdn Bhd dan mantan kolumnis beberapa buah majalah.

Beliau juga mengetuai Misi Kemanusian ke [[Yaman]}, Cox's Bazar, Bangladesh (Pelarian Perang Gohingya), Kemboja, Sri Lanka, Kepulauan Batam, tsunami Aceh dan Palu (Sulawesi), Mesir, Korea Selatan, Laos, Vietnam, Thailand, Australia dan New Zealand. Beliau telah mendirikan beberapa buah masjid dan 12 buah sekolah pelarian di Yaman, Dhaka dan Kemboja.

Hasil penulisan

  1. Telah Selesaikah Fardu Ain Anda : Media Creative
  2. Sayang Anakku Sayang : Penerbitan al-Munir, 1995
  3. Glocal Marketing : Proexpo Communications
  4. Ramadan Tiba Lagi : Yamani Angle Sdn Bhd
  5. Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif : Dato' Dr. Hj. Mohd.Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria, Husna Hassan : Telaga Biru, 2007.[1]
  6. Strategi Menghadapi Peperiksaan : Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah bersama, Hj. Muhammad Zakaria & Fatimah Misran : Telaga Biru, 2007.
  7. Petua Menangani Stres : Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria, Mumtazah Tumian, Mahfuzah Omar : Telaga Biru, 2007.
  8. Etika Pejabat : Telaga Biru, 2006.
  9. Amalan Ibu Mengandung Menurut al-Quran, as-Sunah & Pengalaman : Siti Nor Bahyah Mahamood, Hj. Muhammad Zakaria, Jaafar Salleh : Telaga Biru, 2006.
  10. Menerobos Sempadan Diri : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria & Zizi Azlinda Mohd. Yusof : Telaga Biru, 2006.
  11. Duhai Anakku yang Tercinta : Telaga Biru, 2006.
  12. 21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang : Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah dan Hj. Muhammad Zakaria  : Telaga Biru, 2005.
  13. Petua Untuk Sentiasa Ceria : Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria dan Zizi Azlinda Yusof  : Telaga Biru, 2005.
  14. Menempuh Gerbang Perkahwinan : Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria dan Zarina Sarudin : Telaga Biru, 2005.
  15. Petua Pelajar Cemerlang : Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria ; Telaga Biru 2005
  16. Rahsia Minda Cemerlang : Telaga Biru Sdn Bhd
  17. Menangani Anak Bermasalah : Dato' Mohd. Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria, Maheran Makhtar.; Telaga Biru, 2005.
  18. Diari Nadiah Amirah : Raihan Publication
  19. Petua Membuat Orang Jatuh Cinta : Dato' Dr Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria, Fatimah Syarha Mohd Noordin; Telaga Biru, 2005.
  20. Teknik Belajar Berkesan Nur Amalina - Panduan Mencapai Kecemerlangan Belajar ; Telaga Biru, 2005.
  21. Nik Nur Madihah - Permata Rabbani : Yamani Angle Sdn Bhd
  22. Langkah Bijak Usahawan Terbilang - Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah, Haji Muhammad Zakaria : Telaga Biru, 2006
  23. Hadis 40 Imam Nawawi - Dr. Zahazan Mohamed, Dato' Haji Muhammad Zakaria : Telaga Biru, 2007
  24. Biografi Osama Laden : Yamani Angle, 2011
  25. Wadah Cinta Solehah : PSN Publications Sdn BHd
  26. Chicken Soup 1- Kecil-Kecil Cili Api : DMZ Resources Sdn Bhd, 2014
  27. Peringatan Untuk Umat Islam : Penerbitan al-Arqam, 1994
  28. Membangun Potensi Diri : Mustread Sdn Bhd
  29. Personaliti Super : Mustread Sdn Bhd,
  30. Layar : Kalimat Cinta Sdn Bhd, 2014
  31. Chicken Soup 2 - Sejauh Seluan Melaut : DMZ Resources Sdn Bhd, 2014
  32. Chicken Soup 3 - Setinggi Bangau Terbang : DMZ Resources Sdn Bhd
  33. 2002 Kata-kata Pengungkah Jiwa : Kalimat Cinta Sdn Bhd, 2014
  34. Kembara Cinta Empat Musim : Double Ring Sdn Bhd
  35. Memburu Hidayah : PSN Publications Sdn Bhd.
  36. Pemburu Bencana : Telaga Biru Sdn Bhd, 201433
  37. 33 Detik Hancur : Al-Ain International Malaysia, 2019
  38. Pemburu Gunung & Lurah : Karangkraf Sdn Bhd
  39. Ensolopedia Adab : Telaga Biru Sdn Bhd, 2020
  40. Ensiklopedia Akhir Zaman : Hijjaz Records Publishing Sdn Bhd, 2023
  41. Syariat Di Hujung Hayat : Galeri Ilmu Sdn Bhd, 2023
  42. Usrah dan Dakwah : Galeri Ilmu Sdn BhdBangsa Melayu Di Penjuru Dunia : Hijjaz Record Publishing Sdn Bhd
  43. Membangun Tabiat Membaca ; Karangkraf Sdn Bhd

Rujukan

Kembali kehalaman sebelumnya