Share to: share facebook share twitter share wa share telegram print page

Mukim Kianggeh

Mukim Kianggeh
NegaraBrunei
DaerahBrunei dan Muara
Penduduk
 (2016)[1]
 • Jumlah8,228
Zon waktuUTC+8 (BNT)
Poskod
BAxx11, BAxx12

Mukim Kianggeh ialah sebuah mukim di Daerah Brunei dan Muara, Brunei. Mukim ini mempunyai penduduk seramai 8,228 orang pada tahun 2016.[1] Ia terletak di tengah Daerah Brunei Muara, bersempadan dengan Mukim Berakas 'A' dan Mukim Berakas 'B' ke utara, Mukim Kota Batu ke timur dan selatan, Kampong Air dan Mukim Lumapas ke selatan, Mukim Kilanas ke barat daya dan Mukim Gadong 'B' ke barat. Ia juga merupakan tempat terletaknya bandar ibu negara, Bandar Seri Begawan.

Kampung

Kampung-kampung berpenduduk di bawah Mukim Kianggeh adalah seperti berikut:[1]

Senarai kampung di Mukim Kianggeh
Kampung Penduduk (2016)
Kampung Berangan 379
Kampung Kianggeh 1,421
Kampung Kumbang Pasang 563
Kampung Melabau 288
Kampung Parit 1,509
Kampung Pusar Ulak 1,274
Kampung Tasek Lama 827
Kampung Tumasek 673
Kampung Tungkadeh 1,005
Lingkungan Diplomatik 85
Pusat Bandar 204
Jumlah 8,228

Rujukan

  1. ^ a b c "Laporan Akhir Kemaskini Banci Penduduk dan Perumahan 2016" (PDF). www.deps.gov.bn. Jabatan Perangkaan. Disember 2018. Dicapai pada 21 Jun 2021.


Kembali kehalaman sebelumnya